Program Ihya’ Ramadhan

Sempena bulan Ramadhan, Program Ihya’ Ramadhan akan diadakan bermula daripada 10 Ogos sehingga 3 September 2010.

AKTIVITI-AKTIVITI IHYA’ RAMADHAN 2010

BIL AKTIVITI TARIKH TINDAKAN
1 CERAMAH AWAL RAMADHAN 8/8/2010 UST KHIRUDDIN
2 PERASMIAN IHYA’ RAMADHAN 10/8/2010 SEMUA AHLI PANITIA PAI
3 PERTANDINGAN KHAT 12/8/2010 UST KAZIMAN
4 PERTANDINGAN SPEAKER CORNER 16-19/8/2010 UST YUSRI
5 PERTANDINGAN DEDIKASI KAD RAYA 23/8/2010 USTZH BADARIAH
6 PERTANDINGAN POWERPOINT MENGENAI RAMADHAN 26/8/2010 UST AZRI
7 IFTAR JAMA’I 27/8/2010 SEMUA AHLI PANITIA PAI
8 TADARUS AL-QURAN

TINGKATAN 4 : SELEPAS ZOHOR

TINGKATAN 5 : SELEPAS ASAR

SETIAP HARI SEMUA PANITIA PAI DAN AIC
9 BACAAN AYAT SUCI AL-QURAN BESERTA TERJEMAHAN SETIAP HARI PERSEKOLAHAN AIC
10 KUIZ AGAMA HARIAN

(5 SOALAN)

SETIAP HARI PERSEKOLAHAN UST KAMARUL
11 MEMASANG BACAAN AL-QURAN, ZIKIR DAN NASYID SETIAP HARI WAKTU PETANG AIC
12 BACAAN AL-MAATHURAT SABTU & AHAD AIC
13 QIYAMMULAIL SABTU & AHAD SEMUA PANITIA PAI DAN AIC

Lawatan SMK Jerai ke ASiS

Pada 5 Ogos 2010 yang lalu, ASiS telah menerima kunjungan dari warga Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai, Baling, Kedah. Rombongan yang terdiri daripada 35 orang pelajar cemerlang mereka iaitu seramai 15 orang pelajar lelaki dan 15 orang pelajar perempuan berserta 3 orang guru pengiring mempunyai tujuan tertentu iaitu untuk mengenali ASiS secara lebih dekat dan ingin merasai kehidupan di SBP. Tujuan lain pula adalah untuk menjadikan ASIS sebagai tanda aras bagi melonjakkan lagi kecemerlangan mereka. Rombongan tersebut telah tiba di ASiS pada pukul 9.15 pagi dan bertolak pulang pada pukul 1.00 tengah hari. Diharap para pelajar SMK Jerai dapat mengetahui serba sedikit mengenai ASiS yang merupakan salah sebuah sekolah yang cemerlang di Malaysia.

Jadual Peperiksaan Percubaan SPM SBP 2010

Jadual Peperiksaan Percubaan SPM SBP 2010

Tarikh / Hari Masa Mata Pelajaran
3 Ogos
Selasa
8.00 – 10.15 pg Bahasa Melayu 1
11. 00 – 12.45 tgh EST 1 @ Prinsip Akaun 1
2.00 – 4.30 ptg Bahasa Melayu 2
4 Ogos

Rabu

8.00 – 9.45 pg English 1
10.30 – 12.45 English 2
5 Ogos
Khamis
8.00 – 9.00 pg Sejarah 1
10.00 – 12.30 tgh Sejarah 2
10 Ogos
Selasa
8.30 – 10.30 pg Pendidikan Islam 1
8.00 – 10.30 pg Pendidikan Moral 1
11.15 – 12.55 Pendidikan Islam 2
2.00 – 4.30 Prinsip Akaun 2
16 Ogos
Isnin
8.30 – 10.30 pg Additional Mathematic 1
11.00 – 12.00 tgh EST 2
1.00 – 4.30 ptg Additional Mathematic 2
17 Ogos
Selasa
8.00 – 9.15 pg Physics 1
10.00 – 12.30 tgh Physics 2
2.00 – 3.30 ptg Physics 3
18 Ogos
Rabu
8.00 – 9.15 pg Mathematics 1
10.00 – 12.30 tgh Mathematics 2
19 Ogos
Khamis
8.00 – 9.15 pg Biology 1
10.00 – 12.30 tgh Biology 2
2.00 – 3.30 ptg Biology 3
23 Ogos
Isnin
8.00 – 9.15 pg Chemistry 1
10.00 – 12.30 tgh Chemistry 2
2.00 – 3.30 ptg Chemistry 3

Minggu Bahasa Inggeris

Pada tanggal 19 Julai hingga 23 Julai 2010 yang lalu, Persatuan Bahasa Inggeris Asis dengan jayanya telah mengadakan Minggu Bahasa Inggeris. Minggu ini dijayakan oleh semua jawatankuasa-jawatankuasa Persatuan Bahasa Inggeris dengan bantuan para pelajar Asis sekalian.

Antara aktivi yang telah dianjurkan pada Minggu Bahasa Inggeris bagi memeriahkan minggu tersebut adalah seperti berikut: Shred,Drama,Spelling Bee,Crossword Puzzles,Cheer Leading,Asis Pop Star, dan Treasure Hunt. Aktiviti-aktiviti sebegini telah belangsung dengan jayanya oleh semua pihak yang telah memberi 100% komitmen.

Minggu Bahasa Melayu

Pada 12 hingga 16 Julai yang lalu, ASiS telah mengadakan Minggu Bahasa Melayu dengan tema, “Bahasa Dijunjung, Martabat Disanjung”.

Minggu tersebut telah dilancarkan oleh tuan pengetua, Tuan Haji Mohd Idrus bin Abdul Hamid pada hari Isnin, 12 Julai 2010. Antara pertandingan yang diadakan adalah kuiz, syair, sajak, tarik upih, ting-ting, teater musikal, eksplorasi dan sebagainya. Minggu ini diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang dan minggu tersebut dimenangi oleh rumah Bendahara. Semoga para peserta dapat berseronok pada minggu tersebut.

Minggu Sains & Teknologi

Pada 28 Jun hingga 2 Julai yang lalu, ASiS telah mengadakan Minggu Sains & Teknologi.

Minggu ini bermula dengan perasmian oleh Timbalan Pengetua Akedemik, En. Razmi bin Abd. Razak serta tayangan video oleh Kelab Sains & Teknologi. Antara aktiviti yang diadakan ialah kuiz pada setiap pagi, pertandingan reka cipta, water gun, roket air dan Mighty Minds. Minggu ini berakhir dengan upacara penyampaian hadiah kepada peserta. Diharap agar semua peserta yang berjaya dapat mengekalkan kejayaan mereka pada minggu yang seterusnya.

Menzahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia