Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 akan bermula pada 11 Mei sehingga 19 Mei bagi pelajar Tingkatan 4

TARIKH WAKTU MASA KERTAS

11 MEI 2011

RABU

8.00 AM

9.30 AM

1 JAM 30 MIN PHYSICS 2
9.30 AM

10.00 AM

30 MIN REHAT
10.00 AM

11.15 AM

1 JAM 15 MIN PHYSICS 1
11.35 AM

12.50 PM

1 JAM 15 MIN MATHEMATICS 1
1.10 PM

2.25 PM

1 JAM 15 MIN MATHEMATICS 2

12 MEI 2011

KHAMIS

8.00 AM

9.30 AM

1 JAM 30 MIN CHEMISTRY 2
9.30 AM

10.00 AM

30 MIN REHAT
10.00 AM

11.15 AM

1 JAM 15 MIN CHEMISTRY 1
11.35 AM

12.50 PM

1 JAM 15 MIN BIOLOGY 1
1.10 PM

2.10 PM

1 JAM ADDITIONAL MATHEMATICS 1

13 MEI 2011

JUMAAT

8.00 AM

9.30 AM

1 JAM 30 MIN BIOLOGY 2
9.30 AM

10.00 AM

30 MIN REHAT
10.00 AM

11.00AM

1 JAM ADDITIONAL MATHEMATICS 2
11.30 AM

12.30 PM

1 JAM SEJARAH 1

16 MEI 2011

ISNIN

8.30 AM

10.45 AM

2 JAM 15 MIN BAHASA MELAYU 1
10.45 AM

11.15 AM

30 MIN REHAT
11.15 AM

1.45 PM

2 JAM 30 MIN BAHASA MELAYU 2

17 MEI 2011

SELASA

HARI WESAK

18 MEI 2011

RABU

8.00 AM

9.45 AM

1 JAM 45 MIN BAHASA INGGERIS 1
9.45 AM

10.15 AM

30 MIN REHAT
10.15 AM

12.30 PM

2 JAM 15 MIN BAHASA INGGERIS 2
12.50 PM

2.20 PM

1 JAM 30 MIN SEJARAH 2

19 MEI 2011

KHAMIS

8.00 AM

10.00 AM

2 JAM PENDIDIKAN ISLAM 1
8.00 AM

10.30 AM

2 JAM 30 MIN PENDIDIKAN MORAL
10.00 AM

10.30 AM

30 MIN REHAT
10.30 AM

12.10 PM

1 JAM 40 MIN PENDIDIKAN ISLAM 2


dan 9 Mei sehingga 19 Mei bagi pelajar Tingkatan 5

TARIKH WAKTU MASA KERTAS
ISNIN

9 MEI 2011

8.30-10.45 AM 2 JAM 15 MIN BAHASA INGGERIS 2
10.45-11.15 AM 30 MIN REHAT
11.15-1.00 PM 1 JAM 45 MIN BAHASA INGGERIS 1
1.00-2.00 PM 1 JAM REHAT TENGAHARI
2.00-4.30 PM 2 JAM 30 MIN SEJARAH 2
SELASA

10 MEI 2011

8.00-10.30 AM 2 JAM 30 MIN BAHASA MELAYU 2
10.30-11.00 AM 30 MIN REHAT
11.00-12.15 PM 1 JAM 15 MIN EST 1
11.00-12.15 PM 1 JAM 15 MIN PRINSIP PERAKAUNAN 1
1.00-2.00 PM 1 JAM REHAT TENGAHARI
2.00-4.15 PM 2 JAM 15 MIN BAHASA MELAYU 2
RABU

11 MEI 2011

8.00-10.00 AM 2 JAM ADDITIONAL MATHEMATICS 1
10.00-10.30 AM 30 MIN REHAT
10.30-1.00 PM 2 JAM 30 MIN ADDITIONAL MATHEMATICS 2
1.00-2.00 PM 1 JAM REHAT TENGAHARI
2.00-3.00 PM 1 JAM EST 2
2.00-4.30 PM 2 JAM 30 MIN PRINSIP PERAKAUNAN 2
KHAMIS

12 MEI 2011

8.00-9.00 AM 1 JAM SEJARAH 1
9.15-10.30 AM 1 JAM 15 MIN MATHEMATICS 1
10.30-11.00 AM 30 MIN REHAT
11.00-1.30 PM 2 JAM 30 MIN MATHEMATICS 2
JUMAAT

13 MEI 2011

8.00-10.00 AM 2 JAM PENDIDIKAN ISLAM 1
8.00-10.30 AM 2 JAM 30 MIN PENDIDIKAN MORAL
10.00-10.30 AM 30 MIN REHAT
10.30-12.10 PM 1 JAM 40 MIN PENDIDIKAN ISLAM 2
ISNIN

16 MEI 2011

8.30-10.00 AM 1 JAM 30 MIN CHEMISTRY 3
10.00-10.30 AM 30 MIN REHAT
10.30- 1.00 PM 2 JAM 30 MIN CHEMISTRY 2
1.15-2.30 PM 1 JAM 15 MIN CHEMISTRY 1
RABU

18 MEI 2011

8.00-10.30 AM 2 JAM 30 MIN BIOLOGY 2
10.30-11.00 AM 30 MIN REHAT
11.00-12.30 PM 1 JAM 30 MIN BIOLOGY 3
12.45-2.00 PM 1 JAM 15 MIN BIOLOGY 1
KHAMIS

19 MEI 2011

8.30-11.00 AM 2 JAM 30 MIN PHYSICS 2
11.00-11.30 AM 30 MIN REHAT
11.30-1.00 PM 1 JAM 30 MIN PHYSICS 3
1.15-2.30 PM 1 JAM 15 MIN PHYSICS 1

Makan Malam Amal dan Anugerah Kecemerlangan

Pada tarikh 30 April 2011 , Sekolah Menengah Sains Alam Shah telah mengadakan majlis makan malam amal dan juga anugerah kecemerlangan pada masa yang sama.Aktiviti ini merupakan adat yang telah dijalankan sejak sekolah ini dibuka.Aktiviti ini juga dihadiri oleh Datuk Syed Wira Al-Habshi,pengerusi PIBG sekolah,guru-guru Sekolah Menengah Sains Labuan dan juga pelajar-pelajar sekolah tersebut.Makan malam amal dan anugerah kecermelangan ini telah dirasmikan oleh Datuk Syed Wira Al-Habshi dan juga disertai oleh persembahan daripada Jobawasis.Sekolah kami mendapat sumbangan sebanyak RM 10,000 daripada Yayasan Pendidikan Cheras.Terdapat juga beberapa persembahan menarik iaitu:

  • Persembahan nyanyian
  • Persembahan zapin
  • Persembahan Cak Lempong
  • Persembahan Dikir Barat
  • Persembahan muzik instrumental
  • Slideshow tentang sejarah dan aktiviti ASiS sejak tahun 2003

Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang cemerlang pada peperiksaan akhir tahun 2010 dan juga pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan SPM diberi anugerah sebagai tanda penghargaan.Pelajar terbaik pada sesi tahun 09/10 juga diumumkan pada majlis ini.

Minggu Bahasa Inggeris

Pada 18 April (Isnin) hingga 22 April (Jumaat) yang lalu,telah berlangsungnya Minggu Bahasa Inggeris (English Week).

Pada tahun ini,minggu ini bertemakan “English Explores Knowldege“.

Matlamat minggu ini adalah untuk :

  1. Mengeratkan ikatan silaturrahim dalam kalangan pelajar ASiS.
  2. Meningkatkan kemahiran para pelajar ASiS dalam berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.
  3. Menyedarkan pelajar ASiS bahawa pentingnya Bahasa Inggeris pada zaman globalisasi sekarang.

Antara pertandingan yang dipertandingkan ialah :

  1. ASiS Idol
  2. Public Speaking
  3. Drama
  4. Poetry
  5. Charade
  6. Explorace
  7. Spell-it-Right Challange
  8. Scrabble
  9. Quiz

Johan keseluruhan untuk Minggu Bahasa Inggeris ini ialah Rumah Bendahara.

Majlis Pelancaran dan Penutupan dilangsungkan oleh Timbalan Pengetua (Akademik),En.Razmi bin Abd.Razak.

Lawatan Koperasi ASiS ke Pulau Pinang

Pada 25-27 Mac 2011, Koperasi SM Sains Alam Shah telah mengadakan lawatan ke negeri Pulau Mutiara iaitu Pulau Pinang. Rombongan ini disertai oleh Ahli Lembaga Pengarah Koperasi (ALP) yang terdiri daripada 6 orang guru dan 11 orang pelajar. Turut menyertai rombongan ini adalah mantan pengetua ASiS, Tuan Haji Mohd Idrus bin Abdul Hamid dan ahli keluarga ALP.

Objektif lawatan ini diadakan adalah sebagai penghargaan di atas sumbangan dan bakti ALP sepanjang tahun 2010. Selain itu juga, lawatan ini juga bertujuan meraikan persaraan pengetua ASiS yang selama ini telah banyak membantu ALP dalam hal-hal pentadbiran dan pengurusan koperasi. Jasa dan sumbangan mantan pengetua diraikan pada makan malam di Hotel Seri Malaysia, Pulau Pinang oleh semua ALP dan ahli keluarga.

Antara destinasi-destinasi lawatan Koperasi ASiS di Pulau Pinang adalah seperti berikut:

  • Muzium Universiti Sains Malaysia
  • Muzium Permainan (Toy Museum) di Tanjung Bungah
  • Batu Ferringhi
  • Bazaar Chowrasta

Gambar-gambar :

Misi Kemanusiaan ke Kemboja dan Vietnam

Kejayaan sekolah melaksanakan misi kemanusiaan sebelum ini mendorong SM Sains Alam Shah Kuala Lumpur (ASiS) menganjurkan misi yang sama pada tahun 2011. Program kali ini lebih hebat kerana julung-julung kali ASiS menjemput SM Sains Seri Puteri, SM Sains Tuanku Jaafar, Sekolah Sultan Alam Shah, SM Sains Muzaffar Shah dan SM Sains Rembau untuk menyertai Misi Kemanusiaan ke Kemboja dan Vietnam. Misi kemanusiaan ini ialah kesinambungan terhadap misi yang telah dilakukan pada tahun lepas. Program ini adalah signifikan dalam meningkatkan jati diri pelajar di samping membentuk nilai-nilai murni dalam diri peserta-peserta terlibat.

Objektif misi ini adalah:

  • Memupuk nilai kemanusiaan dalam diri pelajar.
  • Memperluas pengalaman dan pengetahuan guru dan pelajar melalui program ke luar negara.
  • Menanam sifat jati diri, disiplin, dan kemahiran komunikasi para pelajar di peringkat global sesuai dengan slogan SBP iaitu ‘ Melahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia.

Tarikh: 14 – 19 Mac 2011

Tempat:

  • Kg. Trapuing Air, Kemboja
  • Kg. Chnnang, Kemboja
  • Kg. Chao Doc, Vietnam

Bilangan Peserta: 75 orang

Majlis Persaraan Tuan Pengetua

Pihak sekolah akan mengadakan satu Majlis Persaraan Tuan Pengetua pada 22 Mac 2011 nanti. Berikut adalah tentatif aturcara majlis.

ATURCARA MAJLIS

8.00 pg Pendaftaran tetamu jemputan
8.15 pg Ketibaan tetamu VIP
8.30 pg Ketibaan Pengetua
Pemeriksaan barisan
Jamuan ringan
Perarakan masuk ke dewan
Nyanyian lagu Negaraku
Bacaan Doa
Persembahan multimedia
Ucapan wakil pelajar
Ucapan wakil guru/staf ASiS
Ucapan YDP PIBG
Ucapan Pengarah SBP
Ucapan Pengetua
Persembahan (1)
Upacara memotong kek
Penyampaian hadiah
Persembahan (2)
11.00 pg Lambaian kasih

Sebarang pertanyaan untuk majlis diatas, sila hubungi
1. Pejabat Sekolah 03-91315014
2. Penolong Kanan 1, En Razmi bin Abd Razak 016-6988931

Majlis Perasmian Minggu Penghayatan Islam 2011

Pada 25 Februari 2011 yang lalu, ASiS telah mengadakan Majlis Perasmian Minggu Penghayatan Islam 2011 di Dewan Besar ASiS. Tema pada tahun ini ialah “Berhibur Cara Islam”. Kehadiran Tuan Pengetua, Tn. Hj. Mohd Idrus bin Abd. Hamid disambut dengan alunan nasyid oleh para pelajar ASiS. Perasmian tersebut dimulakan dengan bacaan ayat al-Quran oleh saudara Firdaus dan diikuti dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah. Majlis tersebut tamat pada pukul 8.10 pagi. Semoga semua peserta yang menyertai pertandingan tersebut dapat memberikan komitmen yang tinggi terhadap minggu tersebut.

Menzahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia