Bulan Ihya Ramadhan

Pada Awal ramadhan yang lalu, Tuan Pengetua Encik Baharuddin bin Burhan telah merasmikan Bulan Ihya Ramadhan. Majlis perasmian diadakan di dewan besar Asis. Tema bagi minggu Ihya Ramadhan pada tahun ini ialah “Yahnana Ramadhan”. Terdapat pelbagai aktiviti diadakan antaranya Tadarus Al-quran, Imam muda, Build your own mosque, Hafazan, Are you smart enough, Kuiz pagi, Video rumah, digital poster, dan lain-lain. Setiap rumah perlu menghantar wakil bagi setiap aktiviti. Rumah manakah yang akan memegang Bulan ihya ramadhan ini?

Hari Ganti Persekolah

Pada hari sabtu ini, bersamaan dengan 20 Julai 2013, SM Sains Alam Shah akan mengadakan hari persekolahan ganti bagi menganti Cuti Hari Raya Deepavali. Jadual hari Isnin akan digunakan sebagai subjek yang akan dipelajari.

Lawatan penanda aras ke SMK Seri Setia, Teluk Intan, Perak

Pada 15 Julai, pengetua, En Baharuddin bin Burhan bersama dua orang guru iaitu En Adura Azlin bin Ishak dan En. Mohd Shahril Adha bin Mohd Noor telah mengadakan lawatan ke SMK Seri Setia di Teluk Intan, Perak bagi melihat En Romizal Amir bin Rosdi, Guru Inovatif 2013 yang membuat video bagi Pengajaran dan Pembelajaran secara terus dan dimasukkan di dalam internet.

SMKSeriSetia01
Sesi perbincangan bersama pengetua SMK Seri Setia

SMKSeriSetia02
Penyerahan cenderahati kepada pengetua SMK Seri Setia

SMKSeriSetia03
Penyerahan cenderahati kepada En Romizal Amir bin Rosdi

Terima kasih kepada pengetua SMK Seri Setia dan En Romizal Amir bin Rosdi kerana sudi menerima kedatangan kami.

Pesta Durian

Hari ini, Sekolah Menengah Sains Alam Shah telah mengadakan Pesta Durian. Pesta ini diadakan setahun sekali. Durian-durian telah dipilih dari sebuah ladang di Kedah dan dihantar pada pagi ini. Pesta Durian bermula pada pukul 3 petang. Saya akan terus memaklum dan menuat naik gambar-gambar Pesta Durian.

Keputusan Hari Sukan Kali Ke-sepuluh

Pada pagi tadi, telah berlangsungnya hari sukan di Stadium mini Permaisuri.Hari sukan kali ke-sepuluh ini telah berlangsung dengan jayanya.Semua pelajar,guru dan staff telah memberi komitmen sepenuhnya.Pelbagai acara telah diadakan seperti acara balapan,tarik tali dan memberi medal. Â Keputusan hari sukan telah berakhir dengan Bendahara sebagai juara dan Temenggong sebagai naib juara. Diikuti dengan Laksamana dan Syahbandar.

Hari Sukan

Pada 2 Julai 2013, Sekolah Menengah Sains Alam Shah akan menganjurkan hari sukan kali ke-10. Hari sukan akan diadakan di Stadium Mini Permaisuri, Bandar Tun Razak, Cheras. Ibu bapa dijemput hadir untuk meriahkan lagi hari sukan tahunan ini. Semoga berjaya kepada rumah sukan Bendahara, Laksamana, Temenggong, dan Syahbandar.

Pelancaran Minggu Bahasa Inggeris

Setelah berakhirnya minggu Bahasa Melayu, pada pagi ini, pengetua Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Encik Baharuddin Burhan telah merasmikan minggu Bahasa Inggeris. Terdapat beberapa aktiviti menarik yang akan dianjurkan oleh Panitia dan juga Kelab Bahasa Inggeris seperti “Debate, Music Video” dan sebagainya.

Menzahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia