Perasmian Batch Tenaxious

Batch yang kesepuluh SM Sains Alam Shah iaitu Tenaxious telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Akademik, Encik Razmi bin Abdul Razak bersama Ketua Pelajar, Iqbal Munawir bin Sofiuddin semasa perhimpunan rasmi pada hari Selasa, 16 April 2013.

DSC_1097 - Copy DSC_1101 - Copy

Pertandingan International Conference Young Scientist, ICYS 2013

icys2013

Pihak sekolah akan menghantar satu delegasi ke Bali, Indonesia pada 15 – 22 April 2013 bagi  tujuan menyertai pertandingan International Conference Young Scientist, ICYS 2013. Delegasi ini akan diketuai oleh tuan pengetua, En Baharuddin bin Burhan bersama En Adura Azlin bin Ishak dan juga dua pelajar iaitu Mohd Barzarin bin Baharin dan Muhd Firdaus bin Mustafa.

Mereka akan membentangkan dua projek sains semasa di sana iaitu Bio-Ballon dan The Potential of Microalgae in Effluent Remediation.

Doakan kejayaan untuk mereka dan semoga mereka selamat pergi dan kembali ke Malaysia.

Forum Bahasa Melayu

Sedang berlangsung forum bertajuk “Mengapa Bahasa Melayu di Eropah”:

  • Oleh : Prof. Dr. Arndt Graf
  • Dari : Â Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Goethe-University of Frankfurt
  • Turut dihadiri : Dr. Zuraidah Md Don, Universiti Malaya

Program Bersamamu Palestin 2013

“Thank you Nature Club of Alam Shah Science School, the teachers involved and all the boys that attended the Harry Fear talk and for your support on Gaza, Palestine” Â Â Â Â Â Â Â Â Â – Viva Palestina Malaysia

“Things that you Malaysians can do…If possible, visit Gaza, go to West Bank, go to Jerusalem, so that you can share the experience… Choose your Government that supports Palestine. Raise awareness if possible, boycott the companies that help Israel, if possible” Â ~ Harry Fear.

148362_10151354732119518_1624555300_n

Source :Â http://www.facebook.com/vivapalestinamalaysia

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 2013

Pada 24 Januari 2013, bersamaan 12 Rabiulawal 1433 H, ASiS telah mengadakan sambutan maulidur rasul peringkat sekolah. Majlis disertai oleh semua pelajar, Ahli PIBG, guru-guru dan staf sekolah. Majlis dimulai dengan perarakan perbarisan setiap rumah sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. dan dimeriahkan dengan persembahan Qasidah oleh pasukan nasyid sekolah , Shoutul Asyir.

Majlis diteruskan lagi dengan forum agama yang bertajuk Cinta Rasul yang dikendalikan oleh ahli panel jemputan iaitu,Ustazah Dato` Siti Nor Bahyah Mahamood,Ustaz Wan Akashah bin Wan Abd. Hamid dan Ustaz Mohd Fauzi Mustaffa sebagai moderator. Forum ini juga disertai oleh pelajar-pelajar daripada SM Teknik Kuala Lumpur dan Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz MAIWP.

Majlis ini diakhiri dengan penyampaian hadiah perbarisan Rumah Terbaik, Johan perbarisan Rumha Terbaik Maulidur Rasul disandang oleh Rumah Laksamana dan naib johan oleh Rumah Syahbandar.

Rujukan :

 

Menzahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia