ASiS Menjelang 8 Tahun

Genap 16 Jun 2010, ASiS terus berdiri megah menyambut hari kelahirannya yang ke-8. Sempena itu, pihak pentadbiran seiring dengan badan kepimpinan telah merancang satu peraian untuk mengingati hari bersejarah tersebut pada 24 Jun 2010.

Genap 16 Jun 2010, ASiS terus berdiri megah menyambut hari kelahirannya yang ke-8. Sempena itu, pihak pentadbiran seiring dengan badan kepimpinan telah merancang satu peraian untuk mengingati hari bersejarah tersebut pada 24 Jun 2010.

Satu majlis akan diadakan untuk meraikan tarikh keramat tersebut. Pelbagai persembahan dan pertunjukan telahpun dirancang untuk menyuntik semangat juang dalam diri pelajar sekalian. Keraian pada tahun ini juga berbeza kerana majlis ini merupakan tahun terakhir bagi Tuan Haji Idrus bin Abdul Hamid. Semoga kemegahan ASiS kekal berpanjangan dan sentiasa mencapai kegemilangan di pentas dunia.

Hari Guru 2010

ASiS telah menyambut hari guru pada 4 Jun yang lepas.Majlis dimulakan dengan perhimpunan rasmi sekolah.Teks perutusan daripada Menteri Pelajaran telah disampaikan oleh En. Razmi b. Abdul Razak.Selepas perutusan disampaikan,aktiviti hari guru telah dimulakan.Antara acara yang dijalankan ialah galah panjang,mengukir buah dan aktiviti berstesen.Majlis ini diserikan lagi dengan persembahan dari pelajar tingkatan 5 dan diteruskan dengan majlis penyampain hadiah.Majlis ini diakhiri dengan persembahan drama dari pelajar tingkatan 4.

Pelajar Terbaik SPM 2009 ASiS

Dalam SPM 2009 yang lepas, ASiS telah berjaya melahirkan dua orang pelajar yang cemerlang . Salah seorang daripadanya telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Pelajar tersebut ialah Irshad Noor Abadi.

Pihak admin sekolah telah menemu bual kedua-dua pelajar cemerlang ini. Menurut Irshad, yang bercita-cita menjadi seorang jurutera, rahsia bagi mendapat kejayaan dalam akademik ialah sentiasa fokus ketika pembelajaran di dalam fokus. Sepanjang berada di ASiS, pencapaian yang telah dicapai oleh Irshad adalah seperti berikut:
National Science Challenge
International Science School Fair (ISSF) ke-4 di Jepun
Pertandingan Inovasi ke-11

Temu bual yang dijalankan bersama Jeremy, yang juga merupakan pelajar cemerlang ASiS menunjukkan kejayaan seseorang itu boleh dicapai sekiranya seseorang untuk menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas. Dia juga menyatakan seseorang itu perlu sentiasa membuat ulang kaji dan menelaah pelajaran di samping perlu banyak berjumpa dengan guru secara individu sekiranya terdapat soalan-soalan yang t idak difahami semasa proses pembelajaran. Jeremy telah berjaya mendapat biasiswa JPA bagi melanjutkan pelajarannya.

Pihak admin juga telah menemu bual pengetua ASiS, Tuan Haji Mohd Idrus bin Abdul Hamid. Menurutnya, komitmen yang telah diberikan oleh semua guru, program yang dirangka untuk pelajar serta sumbangan PIBG telah berjaya mengekalkan prestasi sekolah sehingga sekarang. Majlis Makan Amal ini sebenarnya diadakan bagi menyemarakkan semangat di dalam diri pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 . Selain itu, beliau juga menyatakan mengenai kelebihan dan kekuatan setiap batch. Ini dapat dilihat berdasarkan semangat yang ditonjolkan oleh semua pelajar ASiS

Majlis Makan Malam Amal & Anugerah Cemerlang 2010

Pada 1 Mei 2010 yang lalu, ASiS telah mengadakan Majlis Makan Malam Amal & Anugerah Cemerlang bagi memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam SPM dan Ujian Diagnostik 2009.

Perjalanan majlis itu dimulakan dengan ketibaan VVIP, tetamu khas dan ibu bapa serta disusuli dengan ucapan pengetua ASiS. Tetamu kemudian disajikan dengan makanan yang disediakan sambil dihiburkan dengan persembahan oleh pelajar-pelajar ASiS. Anugerah juga telah diberikan kepada guru-guru dan pelajar yang berjasa kepada sekolah. Majlis tersebut tamat dengan jayanya pada pukul 11.30 malam.

Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

ASiS telah menghantar dua pasukan untuk bertanding di karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat zon Pudu bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras dan ASiS pada 24 April lepas.

Pertandingan ini bertemakan “1 Malaysia Membanteras Dadah”.Dua pasukan yang dihantar ASiS ialah pasukan dikir barat dan nasyid. Kedua-dua pasukan telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan tersebut.semoga kedua-dua pasukan mampu mempertahankan kejuaraan pada tahun akan datang.

Minggu Matematik 2010

Pada 19 hingga 23 April yang lalu, ASiS telah mengadakan Minggu Matematik.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :

1. pertandingan reka cipta antara rumah
2. pertandingan kuiz matematik
3. battle of the band
4. drama
5. carrier hunt
6. pertandingan rubik
7. kuiz antara sekolah

Management and Science University (MSU) telah membantu dalam menjayakan Minggu Matematik itu. Pada hari penutupan minggu tersebut, rumah Syahbandar telah muncul juara keseluruhan diikuti rumah Temenggung, Laksamana, dan Bendahara. Tahniah kepada mereka yang berjaya dalam pertandingan masing-masing. Diharapkan mereka dapat merasai keseronokan dan mendapat inspirasi daripada minggu tersebut.

“1 BATCH, 1 DREAM, 1 SUCCESS, 10 A+”

MoU dengan GeoMatika College

Pada 16 Jun 2010, Hari Jumaat ASiS telah menandatangani MoU dengan Geomatika College International dalam menjalankan Inovasi dan Rekacipta. Majlis ini berlangsung di Geomatika College di Setiawangsa.

Wakil ASiS diwakili oleh Pengetua, PK HEM, En. Adura dan En. Muhd Azman. Manakala wakil daripada Geomatika pula, Tuan Haji Mohaizi, Rektor Geomatika serta kakitangan Geomatika.

Keputusan SPM2009

Sekali lagi Sekolah Menengah Sains Alam Shah Kuala Lumpur mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dalam SPM.

Sekali lagi Sekolah Menengah Sains Alam Shah telah mencipta kejayaan dalam Sijil Peperiksaan Menengah (SPM). Dengan gred purata sebanyak 1.30, ASiS telah mendapat tempat pertama dalam SPM peringkat wilayah. Lebih dari seratus orang pelajar mendapat 10 A(A+,A dan A-).Sekolah juga telah melahirkan 2 orang pelajar yang mencapai 10A+ iaitu Jeremy Wee dan Irsyad Nur Abadi. Salah seorang daripada mereka, iaitu Irsyad Nur Abadi telah mendapat keputusan terbaik Wilayah Persekutuan dan sekali lagi mengharumkan nama sekolah. Dengan gred purata sebanyak 1.30,ASiS telah mendapat tempat ke-5 peingkat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di belakang SM Sains Seremban, Kolej Islam Sultan Alam Shah, SBP Intergrasi Gombak dan Kolej Tunku Kursiah.Walaupun begitu pihak sekolah tetap berbangga dengan keputusan sekolah yang amat cemerlang. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada mereke yang telah mendapat cemerlang dan diharapkan supaya pelajar semua dapat memanfaatkan kejayaan yang diperoleh ke arah yang mendatangkan faedah.

Menzahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia