Ujian UKSBP Tingkatan Satu 2018 & Temuduga Kuota Pengetua

Tahniah kepada semua calon yang terpilih untuk menduduki UKSBP Tingkatan Satu di SM Sains Alam Shah.

Makluman kepada semua CALON UJIAN KEMASUKAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH (UKSBP) berpusat ujian di SM SAINS ALAM SHAH.

Berikut adalah carta alir pergerakan calon ketika ujian untuk setiap sesi. (Rujuk gambar)

Calon adalah diingatkan untuk membawa :

1. Kad Pengenalan
2. Slip Tawaran UKSBP

Manakala, CALON TEMUDUGA KUOTA PENGETUA pula adalah DIWAJIBKAN untuk membawa:

1. Semua sijil ASAL akademik dan kokurikulum sekolah rendah
2. Slip UPSR
3. Dokumen yang diperlukan untuk sesi temuduga

Untuk perhatian calon, TELEFON BIMBIT adalah DILARANG sama sekali dibawa masuk ke dewan peperiksaan. Sila simpan telefon bimbit anda pada ibu bapa/penjaga masing-masing.

Calon adalah diingatkan untuk hadir pada TARIKH dan SESI yang telah ditetapkan. Sebarang perubahan tarikh dan sesi adalah TIDAK DIBENARKAN.

Sebarang permasalahan boleh hubungi En Muhammad Razi Musa di talian 0176365538 atau pejabat sekolah 03-91315014.

Sekian terima kasih.

• Kantin akan dibuka sepanjang sesi ujian berlangsung.Screenshot_20171204-161315

Print Friendly, PDF & Email