JEMPUTAN IBUBAPA KE MAJLIS INTERAKSI AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN 5 2015

Ibu bapa/penjaga
Tingkatan 5
SM Sains Alam Shah

Tuan/ Puan,

MAJLIS INTERAKSI AKADEMIK TINGKATAN 5

Perkara di atas adalah dirujuk dengan segala hormatnya.

2. Untuk makluman tuan/puan, pihak kami akan mengadakan Majlis Interaksi Akademik Tingkatan 5 bagi tahun 2015 seperti berikut :

Tarikh : 10 Julai 2015
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi-12.30 tengah hari
Tempat : SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur

3. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk berbincang tentang perkara berkenaan dengan pembelajaran anak tuan/puan dan juga berbincang tentang peperiksaan peperiksaan pertengahan tahun yang telah berlangsung.

4. Sehubungan itu kami berbesar hati agar pihak tuan/puan dapat menghadiri majlis ini.

Sekian, terima kasih.

‘MENZAHIRKAN PEMIMPIN BERTARAF DUNIA’

Saya yang menjalankan tugas,

NORAZHAR BIN MOHD SHAH
Penolong Kanan
b/p Pengetua
Sekolah Menengah Sains Alam Shah
Kuala Lumpur