JEMPUTAN IBUBAPA KE MAJLIS INTERAKSI AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN 4 2015

Ibu bapa
pelajar tingkatan 4

Tuan/puan

MAJLIS INTERAKSI AKADEMIK PELAJAR TINGKATAN 4

Perkara diatas adalah dirujuk dengan segala hormatnya.

2. Sukacitanya dimaklumkan bahawa, Sekolah Menengah Sains Alam Shah akan mengadakan Hari Interaksi Akademik pada ketetapan yang berikut:

Tarikh : 19 JUN 2015
Hari : Jumaat
Masa : 8.30 pagi hingga 12.30 tengah hari
Tempat : Dewan Besar ASiS

3. Sehubungan itu, kami berbesar hati ingin menjemput pihak tuan datang untuk berbincang dengan guru-guru matapelajaran tentang pencapaian peperiksaan pertengahan tahun anak tuan dan puan. Selain itu dengan adanya majlis ini dapat mengeratkan hubungan sirraturrahim antara ibu bapa dan guru serta pelajar.

4. Semoga dengan kehadiran tuan/puan ke majlis tersebut dapat meningkatkan pencapaian dan hala tuju pelajar ASiS di masa akan datang. Segala kerjasama dan keperihatinan amat dihargai.

Sekian, terima kasih

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

NORAZHAR BIN MOHD SHAH
Penolong Kanan Pentadbiran,
b/p Pengetua,
SM Sains Alam Shah,
Kuala Lumpur

Sila klik pautan di bawah untuk muat turun salinan surat jemputan.
INTERAKSI AKADEMIK ASIS 2015