PEMBERITAHUAN: GOTONG ROYONG PERDANA ASIS 2015 (DENGAN KERJASAMA PIBG)

Berikut adalah butir-butir berkenaan dengan Gotong Royong Perdana ASiS 2015 (dengan kerjasama PIBG):-

Tarikh:  23 Mei 2015 (Sabtu)
Masa:  8:00 pagi – 1:00 tengahari
Tempat:  Sekitar kawasan sekolah
Agenda utama:  Menghapuskan kawasan pembiakan nyamuk, menebang dahan/pokok mati & menceriakan kelas (termasuk mengecat)
Penglibatan:  Guru, Pelajar dan Ibubapa

Ibubapa dialu-alukan untuk turut serta bagi menjayakan program gotong royong ini. Kelengkapan/peralatan untuk gotong royong juga boleh dibawa bagi mempercepat dan melicinkan kerja-kerja yang dijalankan semasa gotong royong berlangsung. Sebarang pertanyaan dan cadangan sila berhubung dengan penyelaras program, En Mohd Asri bin Ab Samad di talian 014-2238603. Terima kasih.