ASiS adalah juara!!

Piala Bahas Perdana Menteri telah yang berlangsung di PICC, Putrajaya International Convention Centre. ASiS telah berjaya memasuki peringkat akhir debat Bahasa Melayu dan juga debat Bahasa Inggeris. ASiS telah berjaya menundukkan pasukan Sekolah Seri Puteri Cyberjaya dalam pusingan akhir debat bahasa Inggeris. Namun, ASiS telah mendapat naib juara dalam debat Bahasa Melayu. “Keep Calm and Support ASIS” adalah laungan dari pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah untuk memborakkan lagi semangat dalam peserta dari SM Sains Alam Shah ini. Tidak lupa juga, salah seorang pelajar ASiS telah mendapat “Pembahas yang terbaik”. Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta Bahas Perdana Menteri.

Bahas Piala Perdana Menteri

Esok, 29 Ogos 2013 pasukan Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS) akan bertanding di Putrajaya Internasional Convension Centre (PICC). Sebanyak 11 buah bas iaitu seramai 440 orang pelajar dan beberapa orang guru pengiring akan ke sana bagi menyaksikan rekod sejarah baru ASiS ini. Pasukan Bahas Bahasa Melayu akan bertemu dengan pembahas Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP KAJANG), manakala pembahas Bahasa Inggeris pula akan bertemu dengan Sekolah Seri Puteri (SSP). Mari kita mendoakan kejayaan mereka dan seterusnya melakar sejarah baharu buat ASiS.

Majlis Hari Raya Bersama ASAS

Encik Ghani Bin Salleh telah membawa 40 pelajar dari Sekolah Menengah Sains Alam Shah untuk Majlis Hari Raya Bersama ASAS. Rombongan ini telah mendapat sambutan yang baik dari pihak penganjur atau ASAS Batch 92. Terdapat pelbagai aneka makanan yang telah disediakan oleh pihak penganjur. Tujuan Majlis Hari Raya bersama ASAS ini adalah untuk merapatkan lagi hubungan antara Alam Shah di Kuala Lumpur dan Alam Shah di Putrajaya.

PERCUBAAN SPM !!

21 Ogos 2013, pelajar tingkatan 5 Sekolah Menengah Sains Alam Shah ( ASiS ) telah mula menduduki Peperiksaan Percubaan SPM. Peperiksaan ini bermula pada 21 Ogos 2013 dan berakhir pada 5 September 2013. Semoga dengan peperiksaan percubaan SPM ini dapat membuat pelajar tingkatan 5 lebih bersedia untuk SPM yang akan datang. Semoga berjaya Tenaxious !

Good luck

Perasmian Bulan Kemerdekaan

Pada hari Selasa yang lalu iaitu pada 20 Ogos 2013, Pengetua Sekolah Menengah Sains Alam Shah En. Baharuddin b. Burhan telah merasmikan Bulan Patrotisme sempena menjelangnya hari kemerdekaan iaitu pada 31 Ogos. Bulan patrotisme, telah bermula pada 20 Ogos yang lalu dan akan berakhir pada 31 Ogos nanti. Di dalam bulan yang istimewa ini, Kelab Sejarah telah mengadakan pelbagai aktiviti menarik bagi memupuk sikap patrotisme dalam kalangan pelajar. Antara aktiviti yang mereka jalankan ialah kuiz pagi, kuiz pintar sejarah, syair, sajak, explore race, dan sebagainya. Bulan patrotisme ini, dipimpin oleh Cikgu Ghani b. Salleh yang merupakan seorang guru cemerlang Sejarah. Diharapkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan akan berjalan dengan baik serta memberi manfaat yang berguna kepada semua warga ASiS.

MERDEKA !!

merdeka 00

Majlis Penutup Ihya Ramadhan 2013

02 Ogos 2013 – Majlis Penutup Ihya Ramadhan 2013 disempurnakan oleh En Baharuddin Burhan, pengetua ASiS. Rumah Syahbandar telah muncul sebagai juara, dengan mengalahkan rumah-rumah yang lain. Rumah Temenggung ditempat ke-2, rumah Bendahara ke-3 dan rumah Laksamana ke-4.

Hadiah-hadiah kepada pemenang telah disampaikan oleh En Razmi Abdul Razak, penolong kanan akademik & pentadbiran.


Kredit kepada En Razmi

Majlis Mohon Ampun

Bersempena dengan kedatangan Syawal ini, pihak sekolah menganjurkan Majlis Mohon Ampun diantara pelajar dan guru-guru. Majlis ini diadakan di Dewan besar SM Sains Alam Shah selepas majlis penutupan Bulan Ihya-Ramadhan. Diharap Majilis ini dapat mengeratkan lagi hubungan diantara pelajar dan guru-guru pendidik di ASiS.

photo Raya 'kad'

Majlis Khatam Al-Quran

Pada 1 Ogos 2013, para pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah telah mengadakan majlis khatam Al-Quran Bersama para guru Pendidikan Agama Islam . Majlis dimulakan dengan bacaan surah Ad-Dhuha sehinggala surah An-Nas yang diketuai oleh Encik Asri Bin Abdullah.