Berbuka Puasa Bersama ASAS

Pada 28 Julai 2013 All boys Sultan Alam Shah (ASAS) akan hadir di sekolah ini untuk menikmati juadah berbuka puasa di bekas tapak sekolah lama mereka. Mereka akan berbuka bersama rakan-rakan mereka, para pelajar tingkatan 5 ASiS dan beberapa orang guru ASiS di sini.

Bulan Ihya Ramadhan

Pada Awal ramadhan yang lalu, Tuan Pengetua Encik Baharuddin bin Burhan telah merasmikan Bulan Ihya Ramadhan. Majlis perasmian diadakan di dewan besar Asis. Tema bagi minggu Ihya Ramadhan pada tahun ini ialah “Yahnana Ramadhan”. Terdapat pelbagai aktiviti diadakan antaranya Tadarus Al-quran, Imam muda, Build your own mosque, Hafazan, Are you smart enough, Kuiz pagi, Video rumah, digital poster, dan lain-lain. Setiap rumah perlu menghantar wakil bagi setiap aktiviti. Rumah manakah yang akan memegang Bulan ihya ramadhan ini?

Hari Ganti Persekolah

Pada hari sabtu ini, bersamaan dengan 20 Julai 2013, SM Sains Alam Shah akan mengadakan hari persekolahan ganti bagi menganti Cuti Hari Raya Deepavali. Jadual hari Isnin akan digunakan sebagai subjek yang akan dipelajari.

Lawatan penanda aras ke SMK Seri Setia, Teluk Intan, Perak

Pada 15 Julai, pengetua, En Baharuddin bin Burhan bersama dua orang guru iaitu En Adura Azlin bin Ishak dan En. Mohd Shahril Adha bin Mohd Noor telah mengadakan lawatan ke SMK Seri Setia di Teluk Intan, Perak bagi melihat En Romizal Amir bin Rosdi, Guru Inovatif 2013 yang membuat video bagi Pengajaran dan Pembelajaran secara terus dan dimasukkan di dalam internet.

SMKSeriSetia01
Sesi perbincangan bersama pengetua SMK Seri Setia

SMKSeriSetia02
Penyerahan cenderahati kepada pengetua SMK Seri Setia

SMKSeriSetia03
Penyerahan cenderahati kepada En Romizal Amir bin Rosdi

Terima kasih kepada pengetua SMK Seri Setia dan En Romizal Amir bin Rosdi kerana sudi menerima kedatangan kami.