Hari Interaksi Tingkatan 4

Pada hari jumaat, akan diadakan hari interaksi tingkatan 4. Interaksi bermula dari pukul 8.00-11.30 pagi. Semua guru teras kecuali guru sejarah akan berada di bilik akademik bermula pukul 8.00 manakala guru elektif akan berada di dewan.

Ibu bapa dijemput hadir untuk mengambil keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun anak-anak mereka. Selepas berakhirnya hari interaksi, ibu bapa boleh mengambil anak mereka pulang. Pelajar yang ibu bapanya tidak hadir boleh pulang selepas solat Jumaat.

Jerebu tetapi sekolah berjalan seperti biasa

Jerebu adalah masalah yang amat berat tetapi dengan berkat doa dan juga ketabahan, pelajar ASiS mampu untuk merintangi cabaran ini dengan penuh sabar. Index Polusi Udara (IPU) pada hari semalam adalah 168 dan pada hari ini 186 pada pukul 11 pagi. APIMS pada sekarang ini adalah 130.

Minggu Bahasa Melayu

Pada hari ini, Pengetua Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Encik Baharuddin Bin Borhan telah merasmikan Minggu Bahasa Malaysia. Terdapat banyak aktiviti yang dijalankan seperti sajak, Explore Race, Petah Bicara dan lain-lain. Janganlah biar bahasa itu pupus kerana “Bahasa Itu Melambangkan Bangsa”.

Hari Karnival 2013

Bersempena ulang tahun SM Sains Alam Shah yang kesepuluh, pihak sekolah telah menganjurkan hari karnival pada hari Sabtu 15 Jun. Terdapat 32 gerai yang dibuka pada hari tersebut.

DSC_0745 - Copy DSC_0759 - Copy

 

DSC_0813 - Copy