Perasmian Batch Tenaxious

Batch yang kesepuluh SM Sains Alam Shah iaitu Tenaxious telah dirasmikan oleh Penolong Kanan Akademik, Encik Razmi bin Abdul Razak bersama Ketua Pelajar, Iqbal Munawir bin Sofiuddin semasa perhimpunan rasmi pada hari Selasa, 16 April 2013.

DSC_1097 - Copy DSC_1101 - Copy

Pertandingan International Conference Young Scientist, ICYS 2013

icys2013

Pihak sekolah akan menghantar satu delegasi ke Bali, Indonesia pada 15 – 22 April 2013 bagi  tujuan menyertai pertandingan International Conference Young Scientist, ICYS 2013. Delegasi ini akan diketuai oleh tuan pengetua, En Baharuddin bin Burhan bersama En Adura Azlin bin Ishak dan juga dua pelajar iaitu Mohd Barzarin bin Baharin dan Muhd Firdaus bin Mustafa.

Mereka akan membentangkan dua projek sains semasa di sana iaitu Bio-Ballon dan The Potential of Microalgae in Effluent Remediation.

Doakan kejayaan untuk mereka dan semoga mereka selamat pergi dan kembali ke Malaysia.