Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Kebangsaan SBP Bawah 16 Tahun

ASiS akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Balapan dan Padang SBP peringkat Kebangsaan bawah 16 tahun yang akan bermula pada 2 – 4 November 2012 nanti. Kejohanan ini akan disertai oleh Zon Tengah, Zon Timur, Zon Selatan, Son Utara dan Zon SQL. Kejohanan tersebut akan berlangsung di Stadium Mini Seri Permaisuri dan dianggarkan seramai 300 peserta akan mengambil bahagian. Kejohanan yang julung kali diadakan ini adalah sebagai perintis SBP sebagai Pusat Kecemerlangan Olahraga. Majlis makan malam penutupan rasmi akan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Diharapkan semua peserta akan dapat menunjukkan semangat juang yang tinggi dan dapat mencipta rekod kejohanan yang boleh mengatasi rekod MSSM, seterusnya mengharumkan nama SBP.

SELAMAT BERJUANG

Sambutan Eidul Adha 1433H dan Sembelihan Korban

Pada 26/10/2012, solat sunat Eidul Adha 1433H akan ditunaikan bersama-sama ibubapa, semua pelajar tingkatan 4 dan 5 dan guru-guru serta staf ASiS pada jam 8.15 pagi di surau sekolah.

Pada 27/10/2012, Sembelihan korban 3 ekor lembu (penyertaan Pengetua/AJK PIBG/ Guru&ibubapa) akan dilaksanakan di sekolah (bersebelahan dewan makan) mulai jam 7.15 pagi. Ibubapa dijemput untuk turut hadir semasa sembelihan dan jamuan makan tengah hari (2.30 petang).

The Final Results Aiwc2012

ASiS INTERNATIONAL ESSAY AND POETRY WRITING COMPETITION -2012

THE RESULTS–ESSAY SECTION

 1st Prize (USD 300.00 and Distinguished Award Certificate)
Faith Pepela – Alliance Girls’ High School, Kikuyu, Kenya.

2nd Prize (USD 200.00 and Distinguished Award Certificate )
Roshni Khatri – St Marks Senior Secondary Public School, New Delhi, India

3rd Prize (USD 100.00 and Distinguished Award Certificate)
Nor Amirah Ab Manaf – SM Sains Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia.

 

Consolation (USD 50.00 each and Merit Award Certificate)

4. Edda Nadira Hanafi – Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor, Malaysia.

5. Siti Nurizzatee Azlee – Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor, Malaysia.

6. Sweta Prakash – Kendriya Vidhyalaya NO. 2 AFS Tambaram, Chennai, India.

7. Azra Balqis Basaruddin – Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor, Malaysia.

8. Nur Syamsina Sa’adan @ Sa’adon – Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor, Malaysia.

9. Alya ‘Armani Binti Ahmad Sazali –  Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor, Malaysia.

10. Nik Nur Ainin Soffiya Binti Nik Mat – Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor, Malaysia.

THE RESULTS –POETRY SECTION

1st Prize (USD 300.00 and Distinguished Award Certificate)
Shlok Prakash – Kendriya Vidhyalaya NO. 2 AFS Tambaram, Chennai, India.

2nd Prize (USD 200.00 and Distinguished Award Certificate)
Mohammed Syafizee Bin Mohd Safiee – Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam, Selangor, Malaysia.

3rd Prize (USD 100.00 and Distinguished Award Certificate)
Nebeolisa Okwudili –Federal Government College, Malali, Kaduna, Nigeria.

 

Consolation (USD 50.00 each and Merit Award Certificate)

4. Wan Nur Sakinah Binti Wan Zainuddin– Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya,
Selangor, Malaysia.

5. Kritika Nangia – Ahlcon International School, Delhi India.

6. Muhammad Amirul Akmal Bin Mohd Hezlen – SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur, Malaysia.

7. Muhamad Faiz Fahmi Bin Musa – Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Sabak Bernam, Selangor, Malaysia.

8. Muhammad Firdaus Bin Md Azhar – SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur.

9. Nik Muhammad Faris Aniq Bin Kaswadi – SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur, Malaysia.

10. Muhammad Darwiis Bin Mahadzir – SM Sains Tapah, Perak, Malaysia.

Congratulations to All the Winners!

Bengkel Kecemerlangan Kimia SPM 2012 bersama Guru-guru SM Sains Tuanku Munawir Seremban

Pada hari Ahad 7 Oktober 2012, pihak Panatia Kimia telah berkerjasama dengan guru-guru SM Sains Tuanku Munawir, Seremban untuk mengadakan Bengkel Kecemerlangan Kimia SPM 2012. Bengkel telah bermula pada jam 9 pagi berakhir pada jam 4.00 petang.

Sekalung penghargaan kepada Pn Faridah, Hjh Rossita, Pn Chio dan En Razi daripada SM Sains Tuanku Munawir, Seremban kerana sudi datang dan membantu pelajar-pelajar ASiS.