Surat Jemputan Majlis Interaksi Akademik Tingkatan 4 Tahun 2012

Ibu Bapa / Penjaga Pelajar-pelajar
Sekolah Menengah Sains Alam Shah
Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak
56000 Kuala Lumpur

Y.Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan,

MAJLIS INTERAKSI AKADEMIK TINGKATAN 4 TAHUN 2012

Perkara di atas adalah dirujuk dengan hormatnya.

2. Untuk makluman Y.Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan, Majlis Interaksi Akademik Tingkatan 4, akan diadakan seperti berikut :

Tarikh      : 29 Jun 2012
Masa      : 8.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat    : SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur

3.  Kerjasama Y.Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan dalam menjayakan majlis ini amat dihargai dalam usaha bersama-sama dengan pihak sekolah untuk meningkatkan kecemerlangan akademik anak-anak Y.Bhg Dato’/Datin/Tuan/Puan di sekolah ini.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK MALAYSIA”
“MENZAHIRKAN PEMIMPIN BERTARAF DUNIA”

Saya yang menjalankan tugas,

BAHARUDDIN BIN BURHAN
Pengetua
SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur.