Majlis Makan Malam Amal dan Anugerah Cemerlang 2012 SM Sains Alam Shah

Pada malam bertarikh 21 April 2012, satu majlis makan malam amal diadakan. Majlis ini bertujuan untuk meraih derma dan menganugerahkan guru-guru dan staff sokongan sekolah, pelajar-pelajar cemerlang ASiS, dan bekas calon SPM ASiS yang telah mendapat keputusan SPM yang cemerlang. majlis diadakan dengan besar-besaran dan sangat meriah. Antara tetamu kehormat yang menghadiri majlis ini ialah Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dr Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Pengarah Sektor Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecermelangan,Yang Di-Pertua Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru,Dr Mohd Hafiz bin Mohd Ali, Yang Di-Pertua Timbalan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Prof. Madya Dr Mohamad Fadzil bin Mohamad Idris dan wakil Yayasan Pendidikan Cheras, para penderma, ibu bapa, Alumni ASiS dan pelajar ASiS sekalian.

Sebaik ketibaan tetamu kehormat, Dr Haji Mohd Puad bin Zarkashi disambut dengan persembahan daripada ahli Persatuan Silat Helang Putih seterusnya oleh penari Zapin ASiS. majlis dimulakan dengan bacaan doa pembuka majlis oleh pelajar ASiS dan seterusnya ucapan oleh Tuan Pengetua SM Sains Alam Shah, Encik Baharudin bin Burhan dan diteruskan dengan ucapan oleh Yang Di-Pertua Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru, Dr Mohd Hafiz bin Mohd Ali. Kemudian majlis seterusnya dirasmikan oleh Dato’ Dr Haji Mohd Puad bin Zarkashi diiringi oleh Tuan Pengetua ASiS. Jamuan bermula dan diselingkan dengan persembahan cak lempong oleh Persatuan Cak Lempong tingkatan empat ASiS.

Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah sesi pertama kepada guru-guru dan staf sokongan dan pelajar ASiS yang telah berjaya mendapat CGPA tertinggi bagi subjek yang dikategorikan dalam Peperiksaan Diagnostik 2011. Majlis diserikan dengan persembahan gitar akustik oleh pelajar tingkatan 4 ASiS.

Seterusnya, penyampaian anugerah sesi kedua kepada bekas pelajar ASiS Batch Infinate (8) yang telah berjaya menyerlah dalam Sijil Pelajaran Malaysia dengan keputusan 8A, 9A , dan 10A dan majlis dihiburkan lagi dengan persembahan oleh penari tarian moden ASiS, iaitu kumpulan “The Swaggers” dan dilanjutkan dengan penyampaian anugerah sesi ketiga kepada bekas pelajar cemerlang ASiS yang telah berjaya menjulang nama ASiS. Mereka ialah Wong Wen Jian dan Prabu Shahsti Rajan a/l Marimuthu yang masing-masing memperolehi keputusan 10A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2011. Tahniah dan sekalung budi ASiS ucapkan! Majlis kemudiannya diserikan dengan persembahan multimedia dan seterusnya, majlis diakhiri dengan laungan ‘war cry’ oleh Timbalan Ketua Pelajar SM Sains Alam Shah, Mohd Zhaffan bin Mat Radzi. Seterusnya, majlis bersurai.