Gotong Royong Perdana – Siri 2

Pada 31 Mac 2012, Sekolah Menengah Sains Alam Shah telah mengadakan program gotong royong perdana siri kedua untuk membersihkan kawasan sekolah. Program ini juga diadakan sempena Mesyuarat Agong PIBG ke-9. Program ini dilaksanakan atas idea Timbalan Pengetua ASiS, Encik Razmi bin Abdul Razak.

Semua pelajar dikehendaki berkumpul di tapak perhimpunan sekolah tepat jam 7 pagi untuk sesi taklimat yang dijalankan oleh badan pengawas.Setiap kelas diwajibkan membersihkan kelas dan kawasan pengangan dengan sebaiknya.Beg plastik disediakan untuk memudahkan pelajar menjalankan tangggungjawab mereka.

Sampah yang dikumpul akan dibuang ke tempat pembuangan sampah yang utama yang terletak di garaj.Program ini berjaya dilaksanakan dengan jayanya.

 

Berita sekitar penyerahan slip keputusan SPM 2012 – akhbar NST

Sumber :http://www.nst.com.my/galleries/image/well-done-1.63877

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin going through the SPM results slip with Mohamad Azali Mohd Alwai who scored 5A+, 3A dan 1A- at Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras today. — NSTP pix by Chan Wai Yew

Read more: WELL DONE – Image – New Straits Times http://www.nst.com.my/galleries/image/well-done-1.63877#ixzz1poUXsbow

 

 

Berita sekitar penyerahan slip keputusan SPM 2011 – Akhbar Kosmo!

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

MUHYIDDIN (empat dari kiri) bergambar bersama sebahagian daripada pelajar cemerlang semasa melakukan tinjauan keputusan SPM di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Menurut beliau, keputusan SPM 2011 telah menunjukkan peningkatan yang membanggakan malah terbaik dalam tempoh lima tahun dengan Gred Purata Nasional (GPN) meningkat kepada 5.04 berbanding 5.19 pada 2010.

Beliau berkata, ibu bapa dan semua warga pendidik wajar diberi penghargaan di atas sokongan dan usaha mereka bagi meningkatkan pencapaian keputusan SPM tersebut.

“Walaupun keputusan pada tahun ini dikatakan terbaik dalam tempoh lima tahun, tetapi saya lihat masih ada ruang untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar-pelajar sekolah di negara ini.

“Kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran akan terus menggiatkan usaha untuk mempertingkatkan lagi potensi para pelajar,” katanya kepada pemberita selepas beramah mesra bersama pelajar yang mengambil keputusan SPM 2011 di Sekolah Menengah Sains Alam Shah di sini semalam.

Majlis Penyerahan Watikah dan Pelantikan Rasmi Badan Kepimpinan Pelajar.

Pada 29 Februari 2012 , satu majlis penyerahan watikah dan pelantikan rasmi pengawas sekolah , pengawas pusat sumber dan pembimbing rakan sebaya telah diadakan . Majlis ini telah dirasmikan oleh CP Datuk Mortadza bin Nazarene DMSM,DIMP,JSM,PSPD , Pengarah Pengurusan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan GPK HEM SMS Alam Shah , Encik Khiruddin bin Awang disusuli dengan ucapan perasmian oleh tetamu kehormat. Majlis ini diteruskan dengan penyerahan watikah pelantikan kepada para pengawas sekolah , pembimbing rakan sebaya, pengawas pusat sumber sekolah. Majlis serba gemilang ini diserikan lagi dengan bacaan lafaz ikrar yang diketuai oleh ketua pengawas SMS Alam Shah , Muhd Noor Mustasyar bin Mohd Hasbullah.