Lawatan delegasi Universiti Yala Rajabhat (Thailand)

Satu delegasi daripada Universiti Yala Rajabhat (Thailand) telah datang melawat sekolah pada hari khamis, 12 januari 2012. Delegasi ini telah tiba pada jam 2.00 petang. Delegasi ini dijemput ke Bilik Gerakan ASiS dan seterusnya menerima taklimat berkenaan sekolah daripada tuan pengetua, En Baharuddin b Burhan. Setelah selesai taklimat, delagasi ini dibawa melawat ke Makmal Biologi, Fizik, Kimia yang sedang berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran oleh Pn Quake, En Sabiren dan En Adura Azlin. Serta ke Graha Warisan dan juga kawasan sekitar sekolah. Delegasi bertolak pulang pada jam 4.30 petang.

Pendaftaran Pelajar Ting. 5 2012

Majlis pendaftaran pelajar tingkatan 5 2012 telah diadakan pada 3 Januari 2012 yang lalu bertempat di Dewan Besar ASiS, bermula pada jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang.

Majlis pendaftaran berjalan dengan lancar, bersamaan dengan penyerahan wang RM 100 bagi setiap pelajar.

Semoga pelajar tingkatan 5 yang baru mendaftar, datang bersama semangat yang membara untuk belajar dan seterusnya mencapai kecemerlangan sepanjang tahun 2012, terutamanya peperiksaan SPM 2012 nanti.

Gambar diambil oleh Ameer Zulfadzli Bin Yusri