Selamat Menyambut hari kemerdekaan Malaysia ke-54~

Setiap tahun pada 31 Ogos, kita menyambut hari kemerdekaan negara kita yang kita cinta, Malaysia. Kita mendapat cuti umum, kita adakan sambutan secara besar-besaran di Dataran Merdeka, kita kibarkan dengan bangganya Jalur Gemilang di rumah dan tempat kerja – ia merupakan hari yang diraikan dengan penuh kebanggaan dan kesyukuran dalam memperingati waktu negara kita menjadi bebas daripada cengkaman penjajahan barat.

Memandangkan kita menyambut Merdeka dalam suasana yang berbeza tahun ini kerana ia jatuh sewaktu Hari Raya Aidilfitri, marilah kita menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-54 ini dengan pendekatan yang sedikit berbeza. Pada tahun ini, apakata kita renungkan apakah signifikasi hari ini kepada kita, dan bagaimana setiap daripada kita memainkan peranan yang penting dalam pembangunan negara kita ini.

Saya merasakan bahawa ramai daripada anda yang tidak menyedari bahawa anda merupakan penyumbang penting terhadap pertumbuhan dan kemajuan negara kita. Anda mungkin merasakan bahawa pekerjaan anda adalah terlalu kecil dan remeh jika dibandingkan dengan ketua-ketua dan pemimpin-pemimpin korporat negara. Tetapi pada hakikatnya, setiap orang di negara ini merupakan sebahagian daripada tenaga kerja ekonomi negara dan masing-masing mempunyai peranan yang sama dalam pembentukan dan pembangunan negara.

Biarpun apa sahaja industri yang anda ceburi dan apa sahaja pekerjaan anda, anda perlu tahu bahawa, anda memberi kesan kepada pembangunan ekonomi negara. Ia tidak seharusnya semata-mata untuk mencari duit. Sedarlah bahawa apa sahaja kerja yang anda lakukan, ianya memang mempunyai kesan kepada masyarakat dan negara. Setiap satu daripada anda, sama ada eksekutif korporat, pemandu teksi, guru, pelajar, petani, pekedai, atau pekerja pembersihan, masing-masing merupakan sebahagian daripada jentera sosio-ekonomi yang sama-sama menggerakkan negara ini ke hadapan.

Nenek moyang kita begitu berbangga dengan usaha yang telah mereka lakukan demi mendapatkan kemerdekaan negara ini yang seterusnya membawa kepada pembangunan negara. Mereka telah mempunyai wawasan untuk melihat sebuah negara yang bebas dan makmur. Kita pula kini mempunyai wawasan untuk menjadi sebuah negara maju yang berpendapatan tinggi. Kini tiba giliran kita pula untuk memimpin negara. Negara ini adalah warisan kita, dan saya percaya, semangat yang sama akan mempertahankan kemakmurannya. Oleh itu, kita mesti merasa bangga dengan apa yang kita lakukan. Bangga dengan hakikat bahawa kejayaan kita dalam pekerjaan kita turut menyumbang kepada kejayaan negara. Ini adalah peranan kita sebagai rakyat Malaysia, peranan kita dalam kesejahteraan negara. Oleh itu, adalah amat penting bahawa kebanggaan ini mesti hadir bersama-sama dengan semangat dan keazaman untuk melakukan yang terbaik. Ia bukan hanya sekadar bekerja untuk mendapat gaji di akhir bulan tetapi ia adalah sebahagian daripada perjuangan patriotik kita untuk membawa negara ke tahap yang lebih tinggi.

Jika anda adalah seorang pemandu teksi, jadilah pemandu teksi yang terbaik, paling sopan dan paling efisien yang anda boleh. Jika anda seorang petani, lakukan yang terbaik untuk menghasilkan tanaman yang berkualiti tinggi. Jika anda seorang pekerja pembersihan, lakukanlah yang terbaik untuk memastikan kebersihan bandar raya, bandar dan kampung-kampung. Jika anda seorang guru, sediakanlah pelajar dengan kemahiran dan pendidikan yang terbaik untuk mereka bergerak ke hadapan.

Tanggungjawab untuk meningkatkan negara ke tahap yang seterusnya bukan hanya terletak pada pemimpin-pemimpin politik dan ekonomi negara. Ia adalah tanggungjawab setiap rakyat Malaysia, seluruh negara, untuk benar-benar yakin dan percaya bahawa adalah tidak mustahil untuk meletakkan Malaysia di barisan hadapan, dan seterusnya, untuk menjadikan keyakinan dan kepercayaan itu sebagai amalan kita.

Akhir sekali,selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke-54!

 Source: Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak

selamat hari raya aidilfitri~

ASiS mengucapkan selamat hari raya aidilfitri dan maaf zahir batin kepada seluruh guru & pelajar yang beragama islam ….Dan juga selamat bercuti kepada warga yang bukan islam…. Semoga nanti kembali ke sekolah dengan hati yang ceria dan duit raya yang banyak…..

p/s:Untuk pelajar tingkatan 4 jangan lupa membuat ulangkaji untuk ujian bulanan yang akan datang

      Untuk pelajar tingkatan 5 tolong buat persediaan untuk SPM yang akan datang….

Soalan-soalan percubaan SPM SBP 2011

Sesiapa yang ingin dapatkan soalan percubaan SPM SBP 2011, sila tekan file-file di bawah, harap amat berguna untuk calon-calon spm yang lain.Antaranya subjek ialah BM, BI,Sejarah,Physics,Chemistry, Biology,Math, Add Math,PAI,PM,Prinsip Perakaunan dan juga EST.

F5 01 BM
F5 02 BI

F5 03 PI
F5 04 PM
F5 05 SEJ
F5 06 MAT
F5 09 PPA
F5 12 FIZ
F5 13 KIM
F5 14 BIO
F5 17 EST
soalan P1Trial SBP 2011

SKEMA P1 Trial SBP 2011
SCHEME-Q14-LINEAR PROGRAMMING
SCHEME-Q7-LINEAR LAW

QUESTIONS PAPER 2
MARKING SCHEME P2

Harap soalan ini dapat memanfaatkan semua calon SPM.