Pengetua Baru ASiS

Setelah 4 bulan persaraan Hj Mohd Idrus bin Abd Hamid, akhirnya SM Sains Alam Shah menerima kedatangan seorang pengetua baru, En Baharudin bin Borhan. Beliau memulakan tugas rasminya di ASiS mulai 26 Julai 2011. Sebelum ini, En Baharudin berkhidmat sebagai pengetua di SM Sains Sultan Muzzafar (MOZAC). Ketibaan beliau ke bumi ASiS amat dialu-alukan oleh semua warga ASiS. Sepanjang tempoh 4 bulan tanpa pengetua, ASiS diterajui oleh pemangku pengetua iaitu Penolong Kanan Akademik, En Razmi bin Abdul Razak. Berikut adalah senarai nama pentadbir yang berkhidmat di ASiS sekarang.

Pengetua : En Baharudin bin Borhan

Penolong Kanan Akademik : En Razmi bin Abdul Razak

Penolong Kanan HEM : En Mohd Khiruddin bin Awang

Penolong Kanan Ko-Kurikulum : En Rijaludin bin Che Mat

Ketua Bidang Bahasa : Pn Norzila bt Ali Musa

Ketua Bidang Sains dan Matematik : Pn Rohaya bt Bakar

Ketua Bidang Teknik dan Vokasional : Pn Nor Ainun bt Muhamad

Ketua Bidang Kemanusiaan : Pn Rosni bt Manap