Lawatan Koperasi ASiS ke Pulau Pinang

Pada 25-27 Mac 2011, Koperasi SM Sains Alam Shah telah mengadakan lawatan ke negeri Pulau Mutiara iaitu Pulau Pinang. Rombongan ini disertai oleh Ahli Lembaga Pengarah Koperasi (ALP) yang terdiri daripada 6 orang guru dan 11 orang pelajar. Turut menyertai rombongan ini adalah mantan pengetua ASiS, Tuan Haji Mohd Idrus bin Abdul Hamid dan ahli keluarga ALP.

Objektif lawatan ini diadakan adalah sebagai penghargaan di atas sumbangan dan bakti ALP sepanjang tahun 2010. Selain itu juga, lawatan ini juga bertujuan meraikan persaraan pengetua ASiS yang selama ini telah banyak membantu ALP dalam hal-hal pentadbiran dan pengurusan koperasi. Jasa dan sumbangan mantan pengetua diraikan pada makan malam di Hotel Seri Malaysia, Pulau Pinang oleh semua ALP dan ahli keluarga.

Antara destinasi-destinasi lawatan Koperasi ASiS di Pulau Pinang adalah seperti berikut:

  • Muzium Universiti Sains Malaysia
  • Muzium Permainan (Toy Museum) di Tanjung Bungah
  • Batu Ferringhi
  • Bazaar Chowrasta

Gambar-gambar :

Misi Kemanusiaan ke Kemboja dan Vietnam

Kejayaan sekolah melaksanakan misi kemanusiaan sebelum ini mendorong SM Sains Alam Shah Kuala Lumpur (ASiS) menganjurkan misi yang sama pada tahun 2011. Program kali ini lebih hebat kerana julung-julung kali ASiS menjemput SM Sains Seri Puteri, SM Sains Tuanku Jaafar, Sekolah Sultan Alam Shah, SM Sains Muzaffar Shah dan SM Sains Rembau untuk menyertai Misi Kemanusiaan ke Kemboja dan Vietnam. Misi kemanusiaan ini ialah kesinambungan terhadap misi yang telah dilakukan pada tahun lepas. Program ini adalah signifikan dalam meningkatkan jati diri pelajar di samping membentuk nilai-nilai murni dalam diri peserta-peserta terlibat.

Objektif misi ini adalah:

  • Memupuk nilai kemanusiaan dalam diri pelajar.
  • Memperluas pengalaman dan pengetahuan guru dan pelajar melalui program ke luar negara.
  • Menanam sifat jati diri, disiplin, dan kemahiran komunikasi para pelajar di peringkat global sesuai dengan slogan SBP iaitu ‘ Melahirkan Pemimpin Bertaraf Dunia.

Tarikh: 14 – 19 Mac 2011

Tempat:

  • Kg. Trapuing Air, Kemboja
  • Kg. Chnnang, Kemboja
  • Kg. Chao Doc, Vietnam

Bilangan Peserta: 75 orang

Majlis Persaraan Tuan Pengetua

Pihak sekolah akan mengadakan satu Majlis Persaraan Tuan Pengetua pada 22 Mac 2011 nanti. Berikut adalah tentatif aturcara majlis.

ATURCARA MAJLIS

8.00 pg Pendaftaran tetamu jemputan
8.15 pg Ketibaan tetamu VIP
8.30 pg Ketibaan Pengetua
Pemeriksaan barisan
Jamuan ringan
Perarakan masuk ke dewan
Nyanyian lagu Negaraku
Bacaan Doa
Persembahan multimedia
Ucapan wakil pelajar
Ucapan wakil guru/staf ASiS
Ucapan YDP PIBG
Ucapan Pengarah SBP
Ucapan Pengetua
Persembahan (1)
Upacara memotong kek
Penyampaian hadiah
Persembahan (2)
11.00 pg Lambaian kasih

Sebarang pertanyaan untuk majlis diatas, sila hubungi
1. Pejabat Sekolah 03-91315014
2. Penolong Kanan 1, En Razmi bin Abd Razak 016-6988931

Majlis Perasmian Minggu Penghayatan Islam 2011

Pada 25 Februari 2011 yang lalu, ASiS telah mengadakan Majlis Perasmian Minggu Penghayatan Islam 2011 di Dewan Besar ASiS. Tema pada tahun ini ialah “Berhibur Cara Islam”. Kehadiran Tuan Pengetua, Tn. Hj. Mohd Idrus bin Abd. Hamid disambut dengan alunan nasyid oleh para pelajar ASiS. Perasmian tersebut dimulakan dengan bacaan ayat al-Quran oleh saudara Firdaus dan diikuti dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid sekolah. Majlis tersebut tamat pada pukul 8.10 pagi. Semoga semua peserta yang menyertai pertandingan tersebut dapat memberikan komitmen yang tinggi terhadap minggu tersebut.