Misi Kemanusiaan-Bantuan Banjir di SK Pogoh, Segamat, Johor

Pihak sekolah bersama dengan SM Sains Seri Putri dan juga Yayasan Pelajaran Cheras telah mengadakan Misi Kemanusiaan – Bantuan Banjir ke Sekolah Kebangsaan Pogoh, Segamat, Johor pada 19 Feb 2011.

Seramai 30 pelajar tingkatan 4 bersama 7 orang guru termasuk tuan pengetua dan juga 4 orang staf telah ke SK Pogoh untuk membantu mengecat kelas-kelas dan membersihkan kawasan sekolah tersebut. Manakala SM Seri Putri juga menghantar 34 pelajar bersama 3 orang guru pengiring.

Gambar-gambar :

Pendaftaran Pelajar Tingkatan 4 2011 (Batch IX)

Pada 7 haribulan Februari tahun 2010, Sekolah Menengah Sains Alam Shah telah menerima 256 pelajar baru tingkatan empat yang akan menuntut di sekolah ini selama dua tahun.

Pendaftaran telah bermula jam 8.00 pagi,namun kelibat para pelajar dan ibu bapa yang datang awal jelas menunjukkan semangat mereka untuk menuntut di sekolah ini.

Majlis pendaftaran telah berjalan dengan cukup lancar,hasil kerjasama para guru dan para pelajar tingkatan 5.Pelbagai karenah dapat dilihat sepanjang proses pendaftaran berlangsung.

Diharapkan para pelajar tingkatan empat 2011 (Batch IX) dapat menyesuaikan diri di sekolah yang baru.