Minggu Bahasa Inggeris

Pada tanggal 19 Julai hingga 23 Julai 2010 yang lalu, Persatuan Bahasa Inggeris Asis dengan jayanya telah mengadakan Minggu Bahasa Inggeris. Minggu ini dijayakan oleh semua jawatankuasa-jawatankuasa Persatuan Bahasa Inggeris dengan bantuan para pelajar Asis sekalian.

Antara aktivi yang telah dianjurkan pada Minggu Bahasa Inggeris bagi memeriahkan minggu tersebut adalah seperti berikut: Shred,Drama,Spelling Bee,Crossword Puzzles,Cheer Leading,Asis Pop Star, dan Treasure Hunt. Aktiviti-aktiviti sebegini telah belangsung dengan jayanya oleh semua pihak yang telah memberi 100% komitmen.

Minggu Bahasa Melayu

Pada 12 hingga 16 Julai yang lalu, ASiS telah mengadakan Minggu Bahasa Melayu dengan tema, “Bahasa Dijunjung, Martabat Disanjung”.

Minggu tersebut telah dilancarkan oleh tuan pengetua, Tuan Haji Mohd Idrus bin Abdul Hamid pada hari Isnin, 12 Julai 2010. Antara pertandingan yang diadakan adalah kuiz, syair, sajak, tarik upih, ting-ting, teater musikal, eksplorasi dan sebagainya. Minggu ini diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah kepada para pemenang dan minggu tersebut dimenangi oleh rumah Bendahara. Semoga para peserta dapat berseronok pada minggu tersebut.

Minggu Sains & Teknologi

Pada 28 Jun hingga 2 Julai yang lalu, ASiS telah mengadakan Minggu Sains & Teknologi.

Minggu ini bermula dengan perasmian oleh Timbalan Pengetua Akedemik, En. Razmi bin Abd. Razak serta tayangan video oleh Kelab Sains & Teknologi. Antara aktiviti yang diadakan ialah kuiz pada setiap pagi, pertandingan reka cipta, water gun, roket air dan Mighty Minds. Minggu ini berakhir dengan upacara penyampaian hadiah kepada peserta. Diharap agar semua peserta yang berjaya dapat mengekalkan kejayaan mereka pada minggu yang seterusnya.

Interaksi Akademik Ting. 4 2010

Pada 2 Julai yang lepas,majlis interaksi akademik bagi pelajar tingkatan 4 telah diadakan.

Majlis ini dimulakan agak lewat kerana berlangsungnya majlis penutupan Minggu Sains dan Teknologi di dewan sekolah. Ibu bapa hadir untuk melihat sejauh mana kemampuan anak mereka dalam menempuhi sesi pembelajaran di ASiS selama beberapa bulan.Rata-rata ibu bapa genbira dengan keputusan anak mereka yang cemerlang dan diharapkan prestasi yang membanggakan ini dapat diteruskan hingga ke SPM 2011 yang akan datang.