Pelajar Terbaik SPM 2009 ASiS

Dalam SPM 2009 yang lepas, ASiS telah berjaya melahirkan dua orang pelajar yang cemerlang . Salah seorang daripadanya telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Pelajar tersebut ialah Irshad Noor Abadi.

Pihak admin sekolah telah menemu bual kedua-dua pelajar cemerlang ini. Menurut Irshad, yang bercita-cita menjadi seorang jurutera, rahsia bagi mendapat kejayaan dalam akademik ialah sentiasa fokus ketika pembelajaran di dalam fokus. Sepanjang berada di ASiS, pencapaian yang telah dicapai oleh Irshad adalah seperti berikut:
National Science Challenge
International Science School Fair (ISSF) ke-4 di Jepun
Pertandingan Inovasi ke-11

Temu bual yang dijalankan bersama Jeremy, yang juga merupakan pelajar cemerlang ASiS menunjukkan kejayaan seseorang itu boleh dicapai sekiranya seseorang untuk menumpukan sepenuh perhatian di dalam kelas. Dia juga menyatakan seseorang itu perlu sentiasa membuat ulang kaji dan menelaah pelajaran di samping perlu banyak berjumpa dengan guru secara individu sekiranya terdapat soalan-soalan yang t idak difahami semasa proses pembelajaran. Jeremy telah berjaya mendapat biasiswa JPA bagi melanjutkan pelajarannya.

Pihak admin juga telah menemu bual pengetua ASiS, Tuan Haji Mohd Idrus bin Abdul Hamid. Menurutnya, komitmen yang telah diberikan oleh semua guru, program yang dirangka untuk pelajar serta sumbangan PIBG telah berjaya mengekalkan prestasi sekolah sehingga sekarang. Majlis Makan Amal ini sebenarnya diadakan bagi menyemarakkan semangat di dalam diri pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 . Selain itu, beliau juga menyatakan mengenai kelebihan dan kekuatan setiap batch. Ini dapat dilihat berdasarkan semangat yang ditonjolkan oleh semua pelajar ASiS

Majlis Makan Malam Amal & Anugerah Cemerlang 2010

Pada 1 Mei 2010 yang lalu, ASiS telah mengadakan Majlis Makan Malam Amal & Anugerah Cemerlang bagi memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam SPM dan Ujian Diagnostik 2009.

Perjalanan majlis itu dimulakan dengan ketibaan VVIP, tetamu khas dan ibu bapa serta disusuli dengan ucapan pengetua ASiS. Tetamu kemudian disajikan dengan makanan yang disediakan sambil dihiburkan dengan persembahan oleh pelajar-pelajar ASiS. Anugerah juga telah diberikan kepada guru-guru dan pelajar yang berjasa kepada sekolah. Majlis tersebut tamat dengan jayanya pada pukul 11.30 malam.