Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)

ASiS telah menghantar dua pasukan untuk bertanding di karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat zon Pudu bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras dan ASiS pada 24 April lepas.

Pertandingan ini bertemakan “1 Malaysia Membanteras Dadah”.Dua pasukan yang dihantar ASiS ialah pasukan dikir barat dan nasyid. Kedua-dua pasukan telah berjaya menjadi johan dalam pertandingan tersebut.semoga kedua-dua pasukan mampu mempertahankan kejuaraan pada tahun akan datang.

Minggu Matematik 2010

Pada 19 hingga 23 April yang lalu, ASiS telah mengadakan Minggu Matematik.

Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah :

1. pertandingan reka cipta antara rumah
2. pertandingan kuiz matematik
3. battle of the band
4. drama
5. carrier hunt
6. pertandingan rubik
7. kuiz antara sekolah

Management and Science University (MSU) telah membantu dalam menjayakan Minggu Matematik itu. Pada hari penutupan minggu tersebut, rumah Syahbandar telah muncul juara keseluruhan diikuti rumah Temenggung, Laksamana, dan Bendahara. Tahniah kepada mereka yang berjaya dalam pertandingan masing-masing. Diharapkan mereka dapat merasai keseronokan dan mendapat inspirasi daripada minggu tersebut.

“1 BATCH, 1 DREAM, 1 SUCCESS, 10 A+”

MoU dengan GeoMatika College

Pada 16 Jun 2010, Hari Jumaat ASiS telah menandatangani MoU dengan Geomatika College International dalam menjalankan Inovasi dan Rekacipta. Majlis ini berlangsung di Geomatika College di Setiawangsa.

Wakil ASiS diwakili oleh Pengetua, PK HEM, En. Adura dan En. Muhd Azman. Manakala wakil daripada Geomatika pula, Tuan Haji Mohaizi, Rektor Geomatika serta kakitangan Geomatika.

Keputusan SPM2009

Sekali lagi Sekolah Menengah Sains Alam Shah Kuala Lumpur mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan dalam SPM.

Sekali lagi Sekolah Menengah Sains Alam Shah telah mencipta kejayaan dalam Sijil Peperiksaan Menengah (SPM). Dengan gred purata sebanyak 1.30, ASiS telah mendapat tempat pertama dalam SPM peringkat wilayah. Lebih dari seratus orang pelajar mendapat 10 A(A+,A dan A-).Sekolah juga telah melahirkan 2 orang pelajar yang mencapai 10A+ iaitu Jeremy Wee dan Irsyad Nur Abadi. Salah seorang daripada mereka, iaitu Irsyad Nur Abadi telah mendapat keputusan terbaik Wilayah Persekutuan dan sekali lagi mengharumkan nama sekolah. Dengan gred purata sebanyak 1.30,ASiS telah mendapat tempat ke-5 peingkat Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di belakang SM Sains Seremban, Kolej Islam Sultan Alam Shah, SBP Intergrasi Gombak dan Kolej Tunku Kursiah.Walaupun begitu pihak sekolah tetap berbangga dengan keputusan sekolah yang amat cemerlang. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada mereke yang telah mendapat cemerlang dan diharapkan supaya pelajar semua dapat memanfaatkan kejayaan yang diperoleh ke arah yang mendatangkan faedah.