Category Archives: Majlis Makan Malam

PEMBERITAHUAN : MAJLIS MAKAN MALAM AMAL DAN ANUGERAH CEMERLANG 2015

Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan

MAJLIS MAKAN MALAM AMAL DAN ANUGERAH CEMERLANG 2015

Dengan hormatnya saya menarik perhatian Y.Bhg.Dato’/Datin/Tuan/Puan kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa pentadbiran sekolah ini bersama-sama PIBG berhasrat untuk menganjurkan Majlis Makan Malam Amal dan bersekali dengan Majlis Anugerah Cemerlang 2015seperti berikut :

Tarikh : 25 April 2015 (Sabtu)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dataran ASiS, SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur

Majlis ini merupakan program tahunan yang sangat signifiken dan telah terbukti mampu memupuk kerjasama erat bukan sahaja dalam kalangan warga sekolah ini dan PIBG, malah dengan pelbagai agensi, sama ada badan-badan bukan kerajaan (NGO), awam atau swasta.

3. Matlamat atau objektif penganjuran majlis yang tersebut di atas adalah untuk:

3.1 menyampaikan penghargaan dalam bentuk sijil-sijil, piala atau medal dan wang tunai kepada para pelajar, guru-guru dan pihak-pihak lain yang telah menyumbang dan membuktikan prestasi kecemerlangan dalam pelbagai aspek pendidikan, seterusnya menyumbang kepada pengekalan tradisi mencapai kecemerlangan sekolah ini sama ada secara individu atau secara kolektif;dan
3.2 mengumpulkan dana PIBG dengan sasaran RM100,000.00 yang bakal digunakan untuk membantu sekolah untuk tujuan berikut:
i) memasang kabinet buku di kelas-kelas tingkatan 4,
ii) mengecat kelas-kelas tingkatan 4/tingkatan 5 ,
iii) menggantikan ’softboard’ di kelas-kelas.

4. Bagi mencapai objektif dan hasrat berkenaan, sokongan dan kerjasama erat Y.Bhg.Dato’/Datin/Tuan/Puan adalah amat dihargai, khususnya dari segi sokongan (sumbangan) kewangan, iaitu:
4.1 setiap pelajar dikenakan bayaran sebanyak RM50.00 (satu tempat duduk); dan
4.2 ibu bapa/keluarga yang berhasrat menghadiri majlis iniatau menaja meja, boleh membuat pembelian seperti berikut:
a. kerusi @ RM50.00 (satu tempat duduk)
b. meja standard @ RM1000.00 (10 tempat duduk)
c. meja deluxe @ RM2000.00 (10 tempat duduk)
d. meja premier @ RM5000.00 (10 tempat duduk)

5. Y.Bhg.Dato’/Datin/Tuan/Puan boleh menyampaikan sumbangan kewangan berkenaan sama ada dalam bentuk tunai atau cek (atas nama PIBG SM Sains Alam Shah) dengan menggunakan borang yang disertakan di Lampiran 1, pada atau sebelum 10 April 2015.

6. Pihak sekolah amat berbesar hati dan berterima kasih sekiranya Y. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan dapat memberikan sumbangan ikhlas demi kecemerlangan generasi pelajar yang menuntut di sekolah ini. Sebarang pertanyaan dan maklumbalas kepada pihak sekolah boleh diajukan kepada
• Puan Nor Ainun bt Muhammad di talian 019 6240351
• Cik Nur Najmah binti Awang(pelajar tingkatan 5) ditalian 019-7211246
• Zulkifli bin Hamzah (pelajar tingkatan 4) ditalian 012-9311143
atau fax 03 91318119.

Sekian, terima kasih.

’PERMUAFAKATAN KE ARAH KECEMERLANGAN’

Saya yang menjalankan tugas,

DR. MOHD KHADRI SHAHAR
Yang Di Pertua
Persatuan Ibubapa & Guru Sesi 2014/2015
SM Sains Alam Shah
Kuala Lumpur.

Surat MMAAC kepada Ibubapa

Surat MMAAC untuk Penyumbang

Majlis Makan Malam Amal dan Anugerah Cemerlang 2012 SM Sains Alam Shah

Pada malam bertarikh 21 April 2012, satu majlis makan malam amal diadakan. Majlis ini bertujuan untuk meraih derma dan menganugerahkan guru-guru dan staff sokongan sekolah, pelajar-pelajar cemerlang ASiS, dan bekas calon SPM ASiS yang telah mendapat keputusan SPM yang cemerlang. majlis diadakan dengan besar-besaran dan sangat meriah. Antara tetamu kehormat yang menghadiri majlis ini ialah Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dr Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Pengarah Sektor Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecermelangan,Yang Di-Pertua Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru,Dr Mohd Hafiz bin Mohd Ali, Yang Di-Pertua Timbalan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Prof. Madya Dr Mohamad Fadzil bin Mohamad Idris dan wakil Yayasan Pendidikan Cheras, para penderma, ibu bapa, Alumni ASiS dan pelajar ASiS sekalian.

Sebaik ketibaan tetamu kehormat, Dr Haji Mohd Puad bin Zarkashi disambut dengan persembahan daripada ahli Persatuan Silat Helang Putih seterusnya oleh penari Zapin ASiS. majlis dimulakan dengan bacaan doa pembuka majlis oleh pelajar ASiS dan seterusnya ucapan oleh Tuan Pengetua SM Sains Alam Shah, Encik Baharudin bin Burhan dan diteruskan dengan ucapan oleh Yang Di-Pertua Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru, Dr Mohd Hafiz bin Mohd Ali. Kemudian majlis seterusnya dirasmikan oleh Dato’ Dr Haji Mohd Puad bin Zarkashi diiringi oleh Tuan Pengetua ASiS. Jamuan bermula dan diselingkan dengan persembahan cak lempong oleh Persatuan Cak Lempong tingkatan empat ASiS.

Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah sesi pertama kepada guru-guru dan staf sokongan dan pelajar ASiS yang telah berjaya mendapat CGPA tertinggi bagi subjek yang dikategorikan dalam Peperiksaan Diagnostik 2011. Majlis diserikan dengan persembahan gitar akustik oleh pelajar tingkatan 4 ASiS.

Seterusnya, penyampaian anugerah sesi kedua kepada bekas pelajar ASiS Batch Infinate (8) yang telah berjaya menyerlah dalam Sijil Pelajaran Malaysia dengan keputusan 8A, 9A , dan 10A dan majlis dihiburkan lagi dengan persembahan oleh penari tarian moden ASiS, iaitu kumpulan “The Swaggers” dan dilanjutkan dengan penyampaian anugerah sesi ketiga kepada bekas pelajar cemerlang ASiS yang telah berjaya menjulang nama ASiS. Mereka ialah Wong Wen Jian dan Prabu Shahsti Rajan a/l Marimuthu yang masing-masing memperolehi keputusan 10A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2011. Tahniah dan sekalung budi ASiS ucapkan! Majlis kemudiannya diserikan dengan persembahan multimedia dan seterusnya, majlis diakhiri dengan laungan ‘war cry’ oleh Timbalan Ketua Pelajar SM Sains Alam Shah, Mohd Zhaffan bin Mat Radzi. Seterusnya, majlis bersurai.

Majlis Makan Malam Amal & Anugerah Cemerlang 2010

Pada 1 Mei 2010 yang lalu, ASiS telah mengadakan Majlis Makan Malam Amal & Anugerah Cemerlang bagi memberi penghargaan kepada pelajar-pelajar yang cemerlang dalam SPM dan Ujian Diagnostik 2009.

Perjalanan majlis itu dimulakan dengan ketibaan VVIP, tetamu khas dan ibu bapa serta disusuli dengan ucapan pengetua ASiS. Tetamu kemudian disajikan dengan makanan yang disediakan sambil dihiburkan dengan persembahan oleh pelajar-pelajar ASiS. Anugerah juga telah diberikan kepada guru-guru dan pelajar yang berjasa kepada sekolah. Majlis tersebut tamat dengan jayanya pada pukul 11.30 malam.