Category Archives: Sukan

Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Kebangsaan SBP Bawah 16 Tahun

ASiS akan menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Balapan dan Padang SBP peringkat Kebangsaan bawah 16 tahun yang akan bermula pada 2 – 4 November 2012 nanti. Kejohanan ini akan disertai oleh Zon Tengah, Zon Timur, Zon Selatan, Son Utara dan Zon SQL. Kejohanan tersebut akan berlangsung di Stadium Mini Seri Permaisuri dan dianggarkan seramai 300 peserta akan mengambil bahagian. Kejohanan yang julung kali diadakan ini adalah sebagai perintis SBP sebagai Pusat Kecemerlangan Olahraga. Majlis makan malam penutupan rasmi akan dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. Diharapkan semua peserta akan dapat menunjukkan semangat juang yang tinggi dan dapat mencipta rekod kejohanan yang boleh mengatasi rekod MSSM, seterusnya mengharumkan nama SBP.

SELAMAT BERJUANG