Category Archives: Hari Sukan

Sukan Tahunan dan Hari Karnival ASiS 2014

Sukacita dimaklumkan Sukan Tahunan ASiS akan berlangsung pada 16 Jun 2014 (Isnin) di Stadium Mini Permaisuri. Seterusnya, pada minggu yang sama, Hari Karnival ASiS juga akan diadakan pada 21 Jun 2014 (Sabtu). Sehubungan itu, warga ASiS mengalu-alukan kehadiran ibubapa dan OASiS untuk memeriahkan Kejohanan Sukan Tahunan dan Hari Karnival ASiS bagi tahun 2014.  Sama-sama kita menghebahkan berita ini kepada umum supaya Sambutan Hari Karnival ASiS pada tahun ini lebih meriah dan berjaya. Para pelajar diingatkan supaya menyediakan wang sejumlah RM10 untuk bayaran kupon Hari Karnival sekembalinya ke sekolah pada 15 Jun 2014. Selamat bercuti dan jagalah keselamatan diri di mana jua anda berada.

Hari Sukan

Pada 2 Julai 2013, Sekolah Menengah Sains Alam Shah akan menganjurkan hari sukan kali ke-10. Hari sukan akan diadakan di Stadium Mini Permaisuri, Bandar Tun Razak, Cheras. Ibu bapa dijemput hadir untuk meriahkan lagi hari sukan tahunan ini. Semoga berjaya kepada rumah sukan Bendahara, Laksamana, Temenggong, dan Syahbandar.