Category Archives: SPM

Keputusan SPM 2014 Tahniah Batch Rexillient

Keputusan SPM yang diumumkan pada hari ini,  3 Mac 2015 (Selasa) telah menunjukkan peningkatan kedudukan dalam SBP daripada tempat ketujuh  kepada tempat keenam bagi SM Sains Alam Shah. Walaupun berlaku penurunan Gred Purata Sekolah, ASiS masih mampu mengekalkan kedudukan 10 teratas dalam Peperiksaan SPM 2014. Chieng Wei Keong dan Aiman Afiq bin Suzaimi muncul sebagai Pelajar Cemerlang SPM 2014 setelah memperolehi 9A+ dalam semua subjek yang diambil. Syabas Batch Rexillient! Semoga pencapaian cemerlang ini menjadi sumber inspirasi di kalangan pelajar Batch 12 yang bakal menduduki Peperiksaan SPM 2015.

spm

 

Majlis Makan Malam Amal dan Anugerah Cemerlang 2012 SM Sains Alam Shah

Pada malam bertarikh 21 April 2012, satu majlis makan malam amal diadakan. Majlis ini bertujuan untuk meraih derma dan menganugerahkan guru-guru dan staff sokongan sekolah, pelajar-pelajar cemerlang ASiS, dan bekas calon SPM ASiS yang telah mendapat keputusan SPM yang cemerlang. majlis diadakan dengan besar-besaran dan sangat meriah. Antara tetamu kehormat yang menghadiri majlis ini ialah Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Dr Haji Mohd Puad bin Zarkashi, Pengarah Sektor Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecermelangan,Yang Di-Pertua Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru,Dr Mohd Hafiz bin Mohd Ali, Yang Di-Pertua Timbalan Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Prof. Madya Dr Mohamad Fadzil bin Mohamad Idris dan wakil Yayasan Pendidikan Cheras, para penderma, ibu bapa, Alumni ASiS dan pelajar ASiS sekalian.

Sebaik ketibaan tetamu kehormat, Dr Haji Mohd Puad bin Zarkashi disambut dengan persembahan daripada ahli Persatuan Silat Helang Putih seterusnya oleh penari Zapin ASiS. majlis dimulakan dengan bacaan doa pembuka majlis oleh pelajar ASiS dan seterusnya ucapan oleh Tuan Pengetua SM Sains Alam Shah, Encik Baharudin bin Burhan dan diteruskan dengan ucapan oleh Yang Di-Pertua Pengerusi Persatuan Ibu bapa dan Guru, Dr Mohd Hafiz bin Mohd Ali. Kemudian majlis seterusnya dirasmikan oleh Dato’ Dr Haji Mohd Puad bin Zarkashi diiringi oleh Tuan Pengetua ASiS. Jamuan bermula dan diselingkan dengan persembahan cak lempong oleh Persatuan Cak Lempong tingkatan empat ASiS.

Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah sesi pertama kepada guru-guru dan staf sokongan dan pelajar ASiS yang telah berjaya mendapat CGPA tertinggi bagi subjek yang dikategorikan dalam Peperiksaan Diagnostik 2011. Majlis diserikan dengan persembahan gitar akustik oleh pelajar tingkatan 4 ASiS.

Seterusnya, penyampaian anugerah sesi kedua kepada bekas pelajar ASiS Batch Infinate (8) yang telah berjaya menyerlah dalam Sijil Pelajaran Malaysia dengan keputusan 8A, 9A , dan 10A dan majlis dihiburkan lagi dengan persembahan oleh penari tarian moden ASiS, iaitu kumpulan “The Swaggers” dan dilanjutkan dengan penyampaian anugerah sesi ketiga kepada bekas pelajar cemerlang ASiS yang telah berjaya menjulang nama ASiS. Mereka ialah Wong Wen Jian dan Prabu Shahsti Rajan a/l Marimuthu yang masing-masing memperolehi keputusan 10A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2011. Tahniah dan sekalung budi ASiS ucapkan! Majlis kemudiannya diserikan dengan persembahan multimedia dan seterusnya, majlis diakhiri dengan laungan ‘war cry’ oleh Timbalan Ketua Pelajar SM Sains Alam Shah, Mohd Zhaffan bin Mat Radzi. Seterusnya, majlis bersurai.

Berita sekitar penyerahan slip keputusan SPM 2012 – akhbar NST

Sumber :http://www.nst.com.my/galleries/image/well-done-1.63877

Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin going through the SPM results slip with Mohamad Azali Mohd Alwai who scored 5A+, 3A dan 1A- at Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras today. — NSTP pix by Chan Wai Yew

Read more: WELL DONE – Image – New Straits Times http://www.nst.com.my/galleries/image/well-done-1.63877#ixzz1poUXsbow

 

 

Berita sekitar penyerahan slip keputusan SPM 2011 – Akhbar Kosmo!

sumber : http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0322&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_10.htm

MUHYIDDIN (empat dari kiri) bergambar bersama sebahagian daripada pelajar cemerlang semasa melakukan tinjauan keputusan SPM di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengucapkan tahniah kepada pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Menurut beliau, keputusan SPM 2011 telah menunjukkan peningkatan yang membanggakan malah terbaik dalam tempoh lima tahun dengan Gred Purata Nasional (GPN) meningkat kepada 5.04 berbanding 5.19 pada 2010.

Beliau berkata, ibu bapa dan semua warga pendidik wajar diberi penghargaan di atas sokongan dan usaha mereka bagi meningkatkan pencapaian keputusan SPM tersebut.

“Walaupun keputusan pada tahun ini dikatakan terbaik dalam tempoh lima tahun, tetapi saya lihat masih ada ruang untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar-pelajar sekolah di negara ini.

“Kerajaan menerusi Kementerian Pelajaran akan terus menggiatkan usaha untuk mempertingkatkan lagi potensi para pelajar,” katanya kepada pemberita selepas beramah mesra bersama pelajar yang mengambil keputusan SPM 2011 di Sekolah Menengah Sains Alam Shah di sini semalam.

Jadual Peperiksaan Percubaan SPM SBP 2010

Jadual Peperiksaan Percubaan SPM SBP 2010

Tarikh / Hari Masa Mata Pelajaran
3 Ogos
Selasa
8.00 – 10.15 pg Bahasa Melayu 1
11. 00 – 12.45 tgh EST 1 @ Prinsip Akaun 1
2.00 – 4.30 ptg Bahasa Melayu 2
4 Ogos

Rabu

8.00 – 9.45 pg English 1
10.30 – 12.45 English 2
5 Ogos
Khamis
8.00 – 9.00 pg Sejarah 1
10.00 – 12.30 tgh Sejarah 2
10 Ogos
Selasa
8.30 – 10.30 pg Pendidikan Islam 1
8.00 – 10.30 pg Pendidikan Moral 1
11.15 – 12.55 Pendidikan Islam 2
2.00 – 4.30 Prinsip Akaun 2
16 Ogos
Isnin
8.30 – 10.30 pg Additional Mathematic 1
11.00 – 12.00 tgh EST 2
1.00 – 4.30 ptg Additional Mathematic 2
17 Ogos
Selasa
8.00 – 9.15 pg Physics 1
10.00 – 12.30 tgh Physics 2
2.00 – 3.30 ptg Physics 3
18 Ogos
Rabu
8.00 – 9.15 pg Mathematics 1
10.00 – 12.30 tgh Mathematics 2
19 Ogos
Khamis
8.00 – 9.15 pg Biology 1
10.00 – 12.30 tgh Biology 2
2.00 – 3.30 ptg Biology 3
23 Ogos
Isnin
8.00 – 9.15 pg Chemistry 1
10.00 – 12.30 tgh Chemistry 2
2.00 – 3.30 ptg Chemistry 3

Interaksi Akademik Ting. 4 2010

Pada 2 Julai yang lepas,majlis interaksi akademik bagi pelajar tingkatan 4 telah diadakan.

Majlis ini dimulakan agak lewat kerana berlangsungnya majlis penutupan Minggu Sains dan Teknologi di dewan sekolah. Ibu bapa hadir untuk melihat sejauh mana kemampuan anak mereka dalam menempuhi sesi pembelajaran di ASiS selama beberapa bulan.Rata-rata ibu bapa genbira dengan keputusan anak mereka yang cemerlang dan diharapkan prestasi yang membanggakan ini dapat diteruskan hingga ke SPM 2011 yang akan datang.

Interaksi Akademik Ting. 5 2010

Pada 25 Jun yang lalu, ASiS telah mengadakan Hari Interaksi Akademik bagi pelajar tingkatan 5.

Majlis bermula pada pukul 8.00 pagi. Walaupun begitu, ibu bapa telah datang lebih awal untuk melihat prestasi anak-anak mereka sebelum mereka menghadapi peperiksaan SPM pada hujung tahun ini. Rata-rata menunjukkan keputusan peperiksaan mereka mencapai tahap yang lebih baik berbanding ujian-ujian sebelum ini. Majlis ini berakhir pada pukul 12.30 tengah hari. Semoga ASiS dapat mencapat tahap yang terbaik dalam peperiksaan SPM 2010.