Category Archives: Umum

Program Solat Hajat dan Restu Ilmu SPM 2013

Assalamu’alaikum wbr kepada semua ibubapa dan penjaga pelajar tingkatan 5 ASiS.

Anda semua di jemput hadir ke majlis solat hajat dan restu ilmu pelajar-pelajar tingkatan 5 ASiS yang bakal diadakan pada 1/11/2013, iaitu pada hari Jumaat. Majlis akan bermula dari solat Maghrib dan dijangka berakhir jam 10 malam.

Semua pelajar tingkatan 5 akan mula menduduki SPM 2013 pada 6/11/2013. Sama-sama kita doakan semoga anak-anak kita cemerlang dan dipermudahkan Allah SWT dalam SPM 2013 nanti.

Jadual Waktu Peperiksaan Akhir Tahun Tingkatan 4, 2013

JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN
TINGKATAN 4, 2013

TARIKH

WAKTU

MASA

NAMA KERTAS

SELASA

1 OKTOBER

08.00 – 10.15 AM

2 JAM 15 MIN

BAHASA MELAYU

KERTAS 1

11.30 – 2.00 PM

2 JAM 30 MIN

BAHASA MELAYU

KERTAS 2

RABU

2 OKTOBER

08.00 – 09.45 AM

1 JAM 45 MIN

BAHASA INGGERIS

KERTAS 1

10.30 – 12.45 PM

2 JAM 15 MIN

BAHASA INGGERIS

KERTAS 2

KHAMIS

3 OKTOBER

08.00 – 09.00 AM

1 JAM

SEJARAH

KERTAS 1

10.00 – 12.30 AM

2 JAM 30 MIN

SEJARAH

KERTAS 2

ISNIN

7 OKTOBER

08.00 – 11.00 AM

3 JAM

SEJARAH

KERTAS 3

SELASA

8 OKTOBER

08.00 – 10.00 AM

2 JAM

MATEMATIK TAMBAHAN

KERTAS 1

11.00 – 01.30 PM

2 JAM 30 MIN

MATEMATIK TAMBAHAN

KERTAS 2

RABU

9 OKTOBER

08.00 – 09.15 AM

1 JAM 15 MIN

FIZIK

KERTAS 1

10.00 – 12.30 PM

2 JAM 30 MIN

FIZIK

KERTAS 2

2.00 – 3.30 PM

1 JAM 30 MIN

FIZIK

KERTAS 3

KHAMIS

10 OKTOBER

08.00 – 10.00 AM

2 JAM

PENDIDIKAN ISLAM

KERTAS 1

08.00 – 10.30 AM

2 JAM 30 MIN

PENDIDIKAN MORAL

KERTAS 1

11.15 – 12.55 PM

1 JAM 40 MIN

PENDIDIKAN ISLAM

KERTAS 2

ISNIN

21 OKTOBER

08.00 – 09.15 AM

1 JAM 15 MIN

MATEMATIK

KERTAS 1

10.00 – 12.30 PM

2 JAM 30 MIN

MATEMATIK

KERTAS 2

 

 

 

TARIKH

WAKTU

MASA

NAMA KERTAS

SELASA

22 OKTOBER

08.00 – 09.15 AM

1 JAM 15 MIN

KIMIA

KERTAS 1

10.00 – 12.30 PM

2 JAM 30 MIN

KIMIA

KERTAS 2

02.00 – 03.30 PM

1 JAM 30 MIN

KIMIA

KERTAS 3

RABU

23 OKTOBER

08.00 – 09.15 AM

1 JAM 15 MIN

BIOLOGI

KERTAS 1

10.00 – 12.30 PM

2 JAM 30 MIN

BIOLOGI

KERTAS 2

02.00 – 03.30 PM

1 JAM 30 MIN

BIOLOGI

KERTAS 3

 

 

Makluman Cuti Raya Haji 2013

Makluman kepada semua ibu bapa dan penjaga pelajar ASiS,

Buat masa ini, pihak sekolah telah mendapat kebenaran daripada pihak Pengarah JPWP Kuala Lumpur untuk bercuti pada hari Isnin sahaja. Hari selasa adalah cuti Hari Raya Haji. Manakala hari rabu adalah bersekolah seperti biasa.

Walaubagaimana pun pihak sekolah sedang berusaha untuk mendapatkan cuti pada hari Rabu, bagi memudahkan semua pihak. Sekiranya pihak sekolah telah mendapat makluman daripada pihak JPWP Kuala Lumpur, pihak sekolah akan memaklumkannya di laman web ini.

Terima Kasih.

Berbuka Puasa Bersama ASAS

Pada 28 Julai 2013 All boys Sultan Alam Shah (ASAS) akan hadir di sekolah ini untuk menikmati juadah berbuka puasa di bekas tapak sekolah lama mereka. Mereka akan berbuka bersama rakan-rakan mereka, para pelajar tingkatan 5 ASiS dan beberapa orang guru ASiS di sini.

Bulan Ihya Ramadhan

Pada Awal ramadhan yang lalu, Tuan Pengetua Encik Baharuddin bin Burhan telah merasmikan Bulan Ihya Ramadhan. Majlis perasmian diadakan di dewan besar Asis. Tema bagi minggu Ihya Ramadhan pada tahun ini ialah “Yahnana Ramadhan”. Terdapat pelbagai aktiviti diadakan antaranya Tadarus Al-quran, Imam muda, Build your own mosque, Hafazan, Are you smart enough, Kuiz pagi, Video rumah, digital poster, dan lain-lain. Setiap rumah perlu menghantar wakil bagi setiap aktiviti. Rumah manakah yang akan memegang Bulan ihya ramadhan ini?

Hari Ganti Persekolah

Pada hari sabtu ini, bersamaan dengan 20 Julai 2013, SM Sains Alam Shah akan mengadakan hari persekolahan ganti bagi menganti Cuti Hari Raya Deepavali. Jadual hari Isnin akan digunakan sebagai subjek yang akan dipelajari.

Pesta Durian

Hari ini, Sekolah Menengah Sains Alam Shah telah mengadakan Pesta Durian. Pesta ini diadakan setahun sekali. Durian-durian telah dipilih dari sebuah ladang di Kedah dan dihantar pada pagi ini. Pesta Durian bermula pada pukul 3 petang. Saya akan terus memaklum dan menuat naik gambar-gambar Pesta Durian.

Keputusan Hari Sukan Kali Ke-sepuluh

Pada pagi tadi, telah berlangsungnya hari sukan di Stadium mini Permaisuri.Hari sukan kali ke-sepuluh ini telah berlangsung dengan jayanya.Semua pelajar,guru dan staff telah memberi komitmen sepenuhnya.Pelbagai acara telah diadakan seperti acara balapan,tarik tali dan memberi medal. Â Keputusan hari sukan telah berakhir dengan Bendahara sebagai juara dan Temenggong sebagai naib juara. Diikuti dengan Laksamana dan Syahbandar.