Category Archives: Akademik

Kuiz Antarabangsa Kimia Australia 2014 (ANCQ) berlangsung dengan jayanya

Pada 19 Jun 2014 (Khamis), Panitia Kimia SM Sains Alam Shah, Kuala Lumpur telah mengadakan Kuiz Antarabangsa Kimia Australia 2014 (ANCQ) yang bertempat di Dewan Besar SM Sains Alam Shah. Ini adalah penyertaan sulung ASiS dalam Kuiz Antarabangsa Kimia Australia 2014. Seramai 191 orang pelajar tingkatan 5 telah menduduki kuiz ini pada 3:45 – 4:45 petang. Diharapkan keputusan yang bakal diperolehi nanti akan melonjakkan nama ASiS dan Malaysia dalam pertandingan kuiz kimia peringkat antarabangsa.

IMG-20140619-WA0012

IMG-20140619-WA0013

IMG-20140619-WA0014

IMG-20140619-WA0015

IMG-20140619-WA0016

IMG-20140619-WA0017

IMG-20140619-WA0018

IMG-20140619-WA0019

IMG-20140619-WA0020

 

 

Program Solat Hajat dan Restu Ilmu SPM 2013

Assalamu’alaikum wbr kepada semua ibubapa dan penjaga pelajar tingkatan 5 ASiS.

Anda semua di jemput hadir ke majlis solat hajat dan restu ilmu pelajar-pelajar tingkatan 5 ASiS yang bakal diadakan pada 1/11/2013, iaitu pada hari Jumaat. Majlis akan bermula dari solat Maghrib dan dijangka berakhir jam 10 malam.

Semua pelajar tingkatan 5 akan mula menduduki SPM 2013 pada 6/11/2013. Sama-sama kita doakan semoga anak-anak kita cemerlang dan dipermudahkan Allah SWT dalam SPM 2013 nanti.

Bengkel Kecemerlangan Kimia SPM 2012 bersama Guru-guru SM Sains Tuanku Munawir Seremban

Pada hari Ahad 7 Oktober 2012, pihak Panatia Kimia telah berkerjasama dengan guru-guru SM Sains Tuanku Munawir, Seremban untuk mengadakan Bengkel Kecemerlangan Kimia SPM 2012. Bengkel telah bermula pada jam 9 pagi berakhir pada jam 4.00 petang.

Sekalung penghargaan kepada Pn Faridah, Hjh Rossita, Pn Chio dan En Razi daripada SM Sains Tuanku Munawir, Seremban kerana sudi datang dan membantu pelajar-pelajar ASiS.