Category Archives: Uncategorized

Keputusan SPM 2014 Tahniah Batch Rexillient

Keputusan SPM yang diumumkan pada hari ini,  3 Mac 2015 (Selasa) telah menunjukkan peningkatan kedudukan dalam SBP daripada tempat ketujuh  kepada tempat keenam bagi SM Sains Alam Shah. Walaupun berlaku penurunan Gred Purata Sekolah, ASiS masih mampu mengekalkan kedudukan 10 teratas dalam Peperiksaan SPM 2014. Chieng Wei Keong dan Aiman Afiq bin Suzaimi muncul sebagai Pelajar Cemerlang SPM 2014 setelah memperolehi 9A+ dalam semua subjek yang diambil. Syabas Batch Rexillient! Semoga pencapaian cemerlang ini menjadi sumber inspirasi di kalangan pelajar Batch 12 yang bakal menduduki Peperiksaan SPM 2015.

spm

 

Cuti pertengahan tahun 2014

1. Sukacita dimaklumkan semua pelajar ASiS akan dibenarkan pulang bercuti pada 27/5/2014 selepas jam 3.30 petang (sesi persekolahan tamat).

2. Tarikh cuti pertengahan tahun ialah pada 28/5/2014 – 15/6/2014.

3. Semua pelajar tingkatan 4 dan 5 akan dibekalkan dengan kerja rumah yang mesti disiapkan sepanjang cuti persekolahan.

4. Semua pelajar dikehendaki kembali ke sekolah hanya pada 15/6/2014 sebelum jam 6.00 petang.

Ceramah PDRM

Pada 3/1/14 yang lepas,satu ceramah mengenai sebab,kesan dan akibat jenayah telah disampaikan pada jumaat petang.Ceramaqh tersebut disampaikan oleh Inspektor Mahathir daripda polis Cheras.Beliau telah menerangkan pada para pelajar mengenai aktiviti-aktiviti jenayah dikalangan pelajar-pelajar sekolah.Beliau menerangkan tentang sebab dan akibat apabila seseorang pelajar tersebut melakukan jenayah.Ceramah tersebut bermula pada pukul 3.15 dan berakhir pada pukul 5.00 petang.

Ucapan daripada Jeff Halper

Jeff Halper seorang “Anthropologist, Director of Israeli NGO” telah hadir pada  22 September 2013 di Dewan Besar ASiS. Beliau telah memberi satu ucapan yang amat bermakna bertujuan untuk memberi kesedaran tentang kekejaman tentera zionis Israel terhadap rakyat Palestin. Majlis ini telah dihadiri oleh  semua warga ASiS termasuklah OASiS, dan tidak lupa juga beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur.

“VISION TALK 2020” by Tun. Dr. Mahathir b. Mohamad

KUALA LUMpUR, 25 September 2013 – Seramai 57 pelajar tingkatan 4 ASiS telah pergi ke IYC (International Youth Centre) bagi mendengar bicara YABhg. Tun Dr. Mahathir. “Moral yang baik serta pengetahuan yang tinggi merupakan salah satu cara persediaan bagi belia Malaysia dalam mencapai Wawasan 2020”, demikian dilontarkan YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam sesi Bicara Wawasan yang diadakan di Dewan Kampo, Pusat Belia Antarabangsa, Cheras, semalam. Program Bicara Wawasan yang diadakan ini membicarakan topik Persediaan Belia dalam mencapai Wawasan 2020.

 

image bicara drpd Tun Dr. Mahathir

ASiS adalah juara!!

Piala Bahas Perdana Menteri telah yang berlangsung di PICC, Putrajaya International Convention Centre. ASiS telah berjaya memasuki peringkat akhir debat Bahasa Melayu dan juga debat Bahasa Inggeris. ASiS telah berjaya menundukkan pasukan Sekolah Seri Puteri Cyberjaya dalam pusingan akhir debat bahasa Inggeris. Namun, ASiS telah mendapat naib juara dalam debat Bahasa Melayu. “Keep Calm and Support ASIS” adalah laungan dari pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah untuk memborakkan lagi semangat dalam peserta dari SM Sains Alam Shah ini. Tidak lupa juga, salah seorang pelajar ASiS telah mendapat “Pembahas yang terbaik”. Tahniah diucapkan kepada peserta-peserta Bahas Perdana Menteri.

Bahas Piala Perdana Menteri

Esok, 29 Ogos 2013 pasukan Bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS) akan bertanding di Putrajaya Internasional Convension Centre (PICC). Sebanyak 11 buah bas iaitu seramai 440 orang pelajar dan beberapa orang guru pengiring akan ke sana bagi menyaksikan rekod sejarah baru ASiS ini. Pasukan Bahas Bahasa Melayu akan bertemu dengan pembahas Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang (SMAP KAJANG), manakala pembahas Bahasa Inggeris pula akan bertemu dengan Sekolah Seri Puteri (SSP). Mari kita mendoakan kejayaan mereka dan seterusnya melakar sejarah baharu buat ASiS.