Selepas tamat ceramah, pihak webmaster telah menemuramah Cik Siti Sa'adiah Abod, Encik Saiful Irwan Rafar (batch pertama ASiS) dan Encik Mohd Hamirul b. Mohd Puad.Ini merupakan hasil temuramah tersebut:- Q: Apakah kelebihan mengambil Chemical Engineering sebagai jurusan pilihan? A: Bidang ni baru lagi namun bidang ini merupakan bidang yang teratas kerana semua sektor kejuruteraan awam yang lain memerlukan jurutera kimia. Selain itu, gaji seorang CE lebih tinggi berbanding gaji jurutera yang lain. Demand untuk field ni pun tinggi kerana seperti yang saya katakan tadi, field ni masih baru. Q: Apakah prospek kerjaya seorang CE? Hanya bekerja di lab-lab saja atau bekerja untuk syarikat-syarikat swasta? A: The truth is, dua-dua pun boleh. Namun saya cadangkan bekerja untuk bekerja dengan syarikat dahulu. Disana ada kita boleh buat banyak R&D. Sebab kita nakkan kemahiran untuk buka lab sendiri. (disambung oleh, Cik Sa'adiah) Pada saya, ianya bergantung.Kerja kita ni tak semestinya dalam lab sebab kerja sebagai CE sangat universal. Saya pun rekomen untuk bekerja dengan syarikat, tapi saya sendiri ingin tubuhkan lab sendiri. Namun, nak buka modal sendiri perlukan modal yang besar. So, better kalau bekerja dengan orang dulu.( Disambung ole Encik Hamirul ) Kalau saya, kerja sendiri tu saya KIV kan dulu sebab saya lebih memilih untuk bekerja dengan kerajaan. Sebab saya nak bantu untuk membangunkan kerajaan dulu. Tapi the main point is, kerja dengan orang dulu. Nasihat ni khas ditujukan kepada freshie diluar sana. Tapi jangan risau, seorang graduan CE akan senang dapat kerja sebab deman yang makin tinggi Q: Apakah nilai yang ada pada seorang CE yang boleh dipraktikkan oleh pelajar ASiS? A: Hmmm, saya rasa kemampuan untuk advertise diri dengan idea-idea yang baru. Selain itu, kita juga perlu struggle untuk dapat apa yang terbaik utuk diri kita. Selain kreatif dan kritis, ASiSian juga boleh memajukan diri dengan cara menimba ilmu pengetahuan Sekian saja sesi temuramah. Diharapkan agar para graduan tersebut akan berjaya di masa kan datang.
Posted on Thursday, March 11 @ 16:28:25 MYT by adib